"balik kampung...ooo..oooo..ooo....balik kampung..ooo..ooo..ooo.. balik kampung hati riang..."
Lirik lagu 'Balik Kampung' dendangan Allahyarham Sudirman Hj Arshad ini diulang-ulang oleh anak bongsuku, Muhammad Umar bila saja tau bahawa kami akan balik kampung nanti (setiap kali bila cakap nak balik kampung itulah lagu rasminya yg akan dinyanyikan bersama dengan kakak-kakaknya). Mungkin hanya tu yg dihafalnya tapi dia cukup ceria melagukanya dengan petah campur pelatnya. Alah budak umur pun belum sampai 5 tahun begitulah. Apa yg dia tau sangat, kan??
Dan pada cuti am 1 Mei lalu, inilah destinasiku. Kg Pelembang, Kluang.
Balik ke rumah aku dibesarkan. 3 hari 2 malam di sana. Dah lama aku tak bermalam sebegini lama sebelum ni. Yelah, nak tinggalkan kuliah-kuliah kat Pasir Gudang sayang. Sebab biasanya akan ada lebih kurang 6 kuliah pada setiap hujung minggu. Kalau lama balik kampung, maka banyaklah kuliah yg akan aku miss nanti. Terasa rugi pulak. Kosong aja takde pengisian rohani. Tapi kali ni aku stay lama kat kampung pasal sepupu aku si Angah anak bujang Mak Kitum yg sorang tu kahwin. Majlis sederhana saja, hari Sabtu bertandang ke rumah pengantin perempuan di Felda Kahang Timur, Kluang (aku sampai drp Pasir Gudang pagi sabtu tu lah). Hari Ahad ada majlis jamuan kenduri dan Yasinan perempuan kat rumah Mak Kitum. Ingat nak balik petang Ahad tu tapi emak kata; kenapa nak balik awal sangat, hari Isnin kan cuti. Oleh kerana badan kami pun masih keletihan maka kamipun setuju nak balik esok saja.
Bercerita tentang cuti hujung minggu teringat pesan guruku Al Fadhil Ustaz Md Esa pada kuliah subuh pada hari Sabtu 30hb April dulu. Salah satu bab dalam kitab 'Cahaya Pencinta Ilmu' karang Syiekh Azzarnuji Rahimahullah menceritakan kelebihan hari Rabu dimana ulama-ulama silam dalam pengajian yakni akan memulakan pengajian (buka buku) atau menutup buku (menggunakan istilah 'memotong ayat') pada hari Rabu. Maka hari Rabu ini ternyata ada kelbihannya dalam Islam berbanding dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu sebagai hari untuk beribadat sahaja (tak boleh berkerja pada hari Sabu bagi Yahudi). Nasrani pula khaskan hari Ahad sebagai hari cuti mereka untuk ke gereja. Nampaknya kita umat Islam (dan negara umat Islam) telah mengikut jejak Yahudi dan Nasrani dengan menjadikan hari Sabtu dan Ahad sebagai hari cuti. Namun kita sebagai orang awam tentunya tidak dapat berbuat apa-apa kerana yang memutuskan dan menentukannyanya ialah pihak yang berkuasa. Namun sebagai orang Islam, kita boleh menjadikan hari Sabtu dan Ahad kita berbeza dengan Yahudi dan Nasrani.
Misalannya, kita penuhkan masa lapang kita ini dengan sesuatu yang berfaedah contohnya dengan hadiri kuliah-kuliah samada subuh, duha, mahgrib dan isya. Alhamdulillah masjid-masjid dan surau-surau di Pasir Gudang dan kawasan sekitarnya dirancakkan dengan kuliah-kuliah agama sepanjang minggu (setiap hari) dan aktiviti ini akan semakin rancak pada hujung minggu (boleh rujuk entry mengenai jadual kuliah sebelum ini). Janganlah kita bazirkan masa lapang hujung minggu begitu sahaja. Dan janganlah pula kita penuhkannya dengan perkara sia-sia apatah lagi diisi dengan perkara-perkara maksiat dan lagha.
Misalannya, kita penuhkan masa lapang kita ini dengan sesuatu yang berfaedah contohnya dengan hadiri kuliah-kuliah samada subuh, duha, mahgrib dan isya. Alhamdulillah masjid-masjid dan surau-surau di Pasir Gudang dan kawasan sekitarnya dirancakkan dengan kuliah-kuliah agama sepanjang minggu (setiap hari) dan aktiviti ini akan semakin rancak pada hujung minggu (boleh rujuk entry mengenai jadual kuliah sebelum ini). Janganlah kita bazirkan masa lapang hujung minggu begitu sahaja. Dan janganlah pula kita penuhkannya dengan perkara sia-sia apatah lagi diisi dengan perkara-perkara maksiat dan lagha.
Kalau dulu aku sendiri punyai perasaan nak cari kerja di kampung (balik bekerja di Kluang) tapi kini tidak lagi. Aku rasa nak menetap terus di Pasir Gudang sebab aktiviti-aktivtii keagamaannya yang subur dan meriah yang tidak diperolehi di tempat lain. Syukur kepada Allah swt kerana diberiNya hidayah utk kekal istiqomah dengan jalan ini. Dan aku sentiasa berharap aku dapat terus kekal istiqomah dan takkan lari dari jalan ini. Nyata, bukan kerana aku hebat berbanding orang lain, aku lebih baik daripada orang lain, aku lebih kuat daripada orang lain tapi kerana Dia izinkan, maka beginilah aku. Syukur Ya Rabb!
No comments:
Post a Comment