KENAPA DUNIA ORANG ASING?? --->>> Dari Ibnu ‘Umar radhiyallaahu ‘anhumaa, ia berkata : “Rasulullaah SAW memegang pundakku lalu bersabda, ‘Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing atau pengembara.’”
Search This Blog
Wednesday, June 15, 2011
Ustaz Azhar Idrus Di Johor.
(gambar ni aku snap dgn HP S312 aku dari tempat aku duduk)
Hujung minggu lalu, negeri Johor menerima kunjungan seorang ulama terkenal tanahair iaitu Ustaz Azhar Idrus. Di Johor, yang berbahagia ustaz akan mengadakan 3 majlis iaitu di Masjid Jawahir, Mutiara Rini (11.6.2011 selepas Isya’), di surau Al Husna Seri Alam (12.6.2011 selepas Maghrib) dan di masjid Jamik Pasir Gudang (12.6.2011 selepas Isya’)
Alhamdulillah dengan izin Allah swt aku telah dapat hadir di majlis ke-3 iaitu di masjid Jamek Pasir Gudang. Aku sampai selepas isya’. Subhanallah! Banyak betul kereta ditempat letak kereta masjid. Penuh dengan kereta & motorsikal (cam aku ni).
Ketika aku masuk ke dalam masjid, 2/3 ruangan di dalam masjid sudah dipenuhi oleh para hadirin. Ustaz masih belum sampai lagi ketika itu. Beransur-ansur para hadirin memenuhi setiap ruang yang ada sehinggakan ketika majlis berlangsung, ramai yang berdiri di setiap pintu masjid.
Aku ni jenis yg tak suka duduk belakang, jadi akupun menyelinap ke depan lalu ‘mendarat’ berdekatan mimbar. Port aku hampir dengan meja yang dikhaskan untuk ustaz duduk nanti. Aku sangat teruja dengan suasana sebegini walaupun ini bukanlah kali pertama aku hadir di majlis Ustaz Azhar ni.
Bagi aku ini adalah peluang untuk kita berjumpa dan mendapatkan ilmu dengan ulama. Jika beliau sanggup bersusah payah datang dari jauh untuk memberikan ilmu kepada kita, kenapa kita susah sangat nak datang ke tempat diadakan majlis sebegini. Jika ustaz boleh luangkan masa untuk kita, kenapa kita sukar sangat nak luangkan masa mendapatkan mutiara-mutiara ilmu daripada ustaz-ustaz.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment