Search This Blog

Friday, May 20, 2011

Kenali Ulama: Syeikh Faqih Dr Wahbah Zuhaili



Pujangga menyebut
“Sesungguhnya mengetahui orang-orang hebat itu adalah perbendaharaan”
Ini memberi erti selayaknya bagi seorang mengenali tokoh dan kewibawaan mereka yang mempunyai kelebihan dan kewibawaan sama ada yang masih hidup atau bersahabat dengan mereka. Ini disebabkan kerana terlalu banyak faedah hasil daripada ilmu, tajribah, pengalaman hidup yang ada pada mereka. Kita perlu mencontohinya sekalipun kita bukanlah setaraf dengannya seperti pepatah arab :
فتثبهوا إن لم تكونوا مثلهم إن التثبه بالكرام فلاح
Contohilah sekalipun kamu tidak setara dengan mereka,
Kerana mencontohi yang mulia itu pasti berkemenangan
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadith yang dinyatakan oleh Ibn al-Qayyim dan Ibn al-Wazir telah mensahihkan atau menghasankannya antara lain sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Ilmu ini aka dipikul dari setiap zaman dan generasi yang adilnya, mereka akan membasmi penyelewengan yang melampau dan ajaran ahli batil di samping takwilan orang jahil
Dr. Yusuf al-Qardhawi di dalam bukunya Kaifa Nata’amal Ma’a al-Sunnah al-Nabawiyah menjelaskan secara panjang lebar berkenaan dengan mafhum dan hadith ini. Penulis menyebut hadith ini kerana sifat Syeikh Wahbah adalah seperti yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW sama ada membawa risalah ilmu sebagai Warasatu al-Anbiya’ dan juga membasmi segala bentuk penyelewengan dengan hujah-hujah naqliah dan aqliah
BI’AH
Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili (selepas ini digelar syaikh sahaja) dilahirkan di negeri Syam. Bumi Syam merupakan bumi yang mempunyai keberkatan kerana doa Nabi SAW dalam hadith yang sahih :
اللهم بارك لنا في شامنا
Ya Allah! Berkatkanlah bagi kami negeri Syam kami
Sejarah juga telah membuktikan ramai tokoh-tokoh terbilang lahir di negeri Syam sejak zaman berzaman dahulu lagi antaranya Sultan al-Ulama’ Iz Al-Din bin Abd al-Salam, Imam al-Nawawi dan ramai lagi.
PERKAMPUNGAN SYAIKH
Syaikh dilahirkan pada tahun 1351H bersamaan 6 Mac 1932M diperkampungan Dir ‘Atiyah, satu kawasan di Qalmun daerah al-Nabk iaitu di pinggir Kota Damsyiq. Beliau dinamakan dengan Wahbah Mustafa al-Zuhaili dan digelar Abu ‘Ubadah. Ini kerana salah seorang anaknya bernama ‘Ubadah.
Ayahnya bernama al-Haj Mustafa al-Zuhaili yang merupakan seorang hafiz al-Quran dan seorang yang banyak membawa siang dan malam. Seorang yang banyak beribadat dan berpuasa dan memelihara solat jemaah di masjid. Ayahnya bekerja sebagai peladang dan peniaga.
Ibunya pula bernama Hajjah Fatimah binti Mustafa Sa’adah. Seorang ibu yang dihiasi dengan sifat warak dan bepegang teguh dengan syari’at dan beramal dengannya.
KEHIDUPAN ILMUNYA
Beliau mendapat didikan dan tarbiyah sejak kecil lagi dari kedua orang ibu bapanya. Syaikh juga mempelajari sekolah rendah dan tamat di perkampunganya sebelum berpindah ke Kota Damsyiq atas dorongan ibunya. Kemudian syaikh menyambung pengajian menengah dan thanawi di Kota Damsyiq. Syaikh pernah menceritakan bahawa beliau pernah belajar dengan seorang tokoh Nahu pada zamannya yang terkenal iaitu Syaikh al-Kafrawi.
Seterusnya syaikh menyambung pengajian di Kuliah Syariah di mana maahad tersebut merupakan taraf yang cukup tinggi di Syiria. Di Kuliah Syariah, Syaikh telah belajar hamper 6 tahun dan mendapat darjah Tajhiz – Thanawi – Syar’iyyah pada tahun 1952.
Kemudian syaikh menyambung pengajian ke Mesir. Beliau telah belajar di beberapa Kuliah dan di beberapa university pada waktu yang sama. Namun secara khususnya, beliau mempelajari di Universiti al-Azhar dalam dua Kuliah iaitu Syari’ah dan Lughah Arabiah. Begitu juga beliau belajar di Kuliah Undang-undang di Universiti ‘Ain Syams. Beliau telah mendapat sijil seperti berikut :
i. Sijil Syahada ‘Aliah dalam Syariah Islamiah daripada Kuliah Syariah, Universiti al-Azhar tahun 1956. Kedudukannya ialah tempat pertama dari keseluruhan pelajar.
ii. Ijazah Takhassus dengan pengajaran dan pendidikan daripada Kuliah Lughah Arabiah, Universiti al-Azhar tahun 1957.
iii. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya pada peringkat Master dan pada tahun 1959 beliau telah memperoleh Master dalam Syariah Islamiah dari Kuliah Huquq (Undang-undang) dan tajuk risalahnya ialah al-Zara’I Fi al-Siasah al-Syar’iyyah wa al-Fiqh al-Islami.
iv. Selepas itu beliau meneruskan kajian ilmiahnya untuk mencapai Ph.D pada tahun 1963 di mana tajuk tesisnya Athar al-Harb Fi al-Fiqh al-Islami : Kajian Perbandingan. Beliau telah diselia oleh Prof. Dr. Muhammad Sallam Madkur. Akhirnya syaikh telah dianugerahkan martabat Syaraf Ula dan datangqararnya dengan tausiat untuk diedarkan tesisnya tersebut antara unversiti-unversiti yang lain

Thursday, May 19, 2011

Taubat

# Sebagai orang yang berdosa (dan sentiasa melakukan dosa), maka wajib bagi kita bertaubat setiap hari (sedang Nabi SAW yang maksum juga bertaubat yakni dengan beristighfar sebanyak 70 kali sehari malah ada riwayat yang mengatakan bahawa baginda SAW beristighfar sebanyak 100x sehari).
# Allah menyukai hambaNya yang bertaubat lebih daripada gembiranya dan sukanya seorang pengembara yang telah kehilangan untanya bersama-sama dengan bekalan diatasnya ditengah-tengah padang pasir lalu dia menjumpai semula untanya itu.
# Taubat akan dapat membuka pintu rezeki.
# Allah menyukai hambaNya yang sentiasa bertaubat, meskipun dia kemudian melakukan dosa selepas bertaubat, lalu dia kembali bertaubat dan kemudian dia melakukan dosa lagi dan kembali bertaubat (dgn syarat, dosa yg dilakukan bukan kerana mencabar hukum Allah tetapi disebabkan oleh kelemahan. kejahilan atau lupa)
# Jangan berputus asa daripada rahmat Allah. Pintu taubat sentiasa terbuka kecuali apabila nyawa sudah ada di kerongkong atau apabila matahari telah terbit dari barat.

Wednesday, May 18, 2011

Dunia yg hina

sumber: kitab "Pelembut Hati' karangan Dr. Aidh Abdullah Al Qarni (disyarah oleh Ustaz Md Esa Bin Deraman @ Surau Al Husna, Seri Alam)


# Jika dunia ini bernilai seperti sebelah sayap nyamuk sekalipun, pasti tidak ada seorangpun orng kafir akan diberi minum oleh Allah SWT.


# Jika dunia ini mempunyai nilai di sisi Allah SWT, pasti ia takkan dibinasakan.


# Dunia ini hina sebab itu Nabi SAW tidak cenderung kepadanya.

Tuesday, May 10, 2011

Naik Lagi

Khabarnya harga gula naik lagi hari ni
naik lagi 20 sen, daripada RM2.10 menjadi RM2.30
20 sen???
sikit jer ............
bagi orang banyak duit kaya raya macam Dato-dato, Tan sri-tan sri, Tun-tun yela
tapi macamana pula
bagi orang kebanyakan macam aku ni
bagi orang yang berniaga kecil-kecilan menjual kuih-muih macam aku jugak

Taikun gula Malaysia iaitu Robert Kuok (RK) ialah orang yang terkaya di Malaysia ni
(dengar khabar RK dah tak pegang lagi konsesi gula, ntah ye ntag tidak)
kita ni rakyat biasa dah lah tersepit, makin tersepit
dahlah susah, makin susah
dah lah miskin, makin miskin

Tunggu ajer la apa lagi yg akan naik lepas ni
minyak masak? tepung? telur? kelapa? ayam? ikan?

Friday, May 6, 2011

JANGAN BERSEDIH

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya kebelakangan ini selalu nampak moody.”Kenapa kau selalu moody, nak?
Bukankah banyak hal yang best best dan indah di dunia ni? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” sang Guru bertanya.

“Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh masalah. Berat bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,” jawab sang murid muda.

Sang Guru terkekeh. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat.
Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.”Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru. “Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit.”

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini merengis kerana minum masin.”Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.”Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih merengis.
Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya .”Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka.

“Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.”Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya.

Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya.”Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di kerongkongnya, Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya.

Danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.”Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?” “Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu.
Jumlahnya tetap, man man saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”Si murid terdiam, mendengarkan.”Tapi Nak, rasa masin dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya ‘qalbu’(hati) yang menampungnya. Jadi Nak,supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau.”

Monday, May 2, 2011

Balik kampung..oo.oo.oo..balik kampung

rumah mak abah




"balik kampung...ooo..oooo..ooo....balik kampung..ooo..ooo..ooo.. balik kampung hati riang..."

Lirik lagu 'Balik Kampung' dendangan Allahyarham Sudirman Hj Arshad ini diulang-ulang oleh anak bongsuku, Muhammad Umar bila saja tau bahawa kami akan balik kampung nanti (setiap kali bila cakap nak balik kampung itulah lagu rasminya yg akan dinyanyikan bersama dengan kakak-kakaknya). Mungkin hanya tu yg dihafalnya tapi dia cukup ceria melagukanya dengan petah campur pelatnya. Alah budak umur pun belum sampai 5 tahun begitulah. Apa yg dia tau sangat, kan??

Dan pada cuti am 1 Mei lalu, inilah destinasiku. Kg Pelembang, Kluang.

Balik ke rumah aku dibesarkan. 3 hari 2 malam di sana. Dah lama aku tak bermalam sebegini lama sebelum ni. Yelah, nak tinggalkan kuliah-kuliah kat Pasir Gudang sayang. Sebab biasanya akan ada lebih kurang 6 kuliah pada setiap hujung minggu. Kalau lama balik kampung, maka banyaklah kuliah yg akan aku miss nanti. Terasa rugi pulak. Kosong aja takde pengisian rohani. Tapi kali ni aku stay lama kat kampung pasal sepupu aku si Angah anak bujang Mak Kitum yg sorang tu kahwin. Majlis sederhana saja, hari Sabtu bertandang ke rumah pengantin perempuan di Felda Kahang Timur, Kluang (aku sampai drp Pasir Gudang pagi sabtu tu lah). Hari Ahad ada majlis jamuan kenduri dan Yasinan perempuan kat rumah Mak Kitum. Ingat nak balik petang Ahad tu tapi emak kata; kenapa nak balik awal sangat, hari Isnin kan cuti. Oleh kerana badan kami pun masih keletihan maka kamipun setuju nak balik esok saja.

Bercerita tentang cuti hujung minggu teringat pesan guruku Al Fadhil Ustaz Md Esa pada kuliah subuh pada hari Sabtu 30hb April dulu. Salah satu bab dalam kitab 'Cahaya Pencinta Ilmu' karang Syiekh Azzarnuji Rahimahullah menceritakan kelebihan hari Rabu dimana ulama-ulama silam dalam pengajian yakni akan memulakan pengajian (buka buku) atau menutup buku (menggunakan istilah 'memotong ayat') pada hari Rabu. Maka hari Rabu ini ternyata ada kelbihannya dalam Islam berbanding dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu sebagai hari untuk beribadat sahaja (tak boleh berkerja pada hari Sabu bagi Yahudi). Nasrani pula khaskan hari Ahad sebagai hari cuti mereka untuk ke gereja. Nampaknya kita umat Islam (dan negara umat Islam) telah mengikut jejak Yahudi dan Nasrani dengan menjadikan hari Sabtu dan Ahad sebagai hari cuti. Namun kita sebagai orang awam tentunya tidak dapat berbuat apa-apa kerana yang memutuskan dan menentukannyanya ialah pihak yang berkuasa. Namun sebagai orang Islam, kita boleh menjadikan hari Sabtu dan Ahad kita berbeza dengan Yahudi dan Nasrani.
Misalannya, kita penuhkan masa lapang kita ini dengan sesuatu yang berfaedah contohnya dengan hadiri kuliah-kuliah samada subuh, duha, mahgrib dan isya. Alhamdulillah masjid-masjid dan surau-surau di Pasir Gudang dan kawasan sekitarnya dirancakkan dengan kuliah-kuliah agama sepanjang minggu (setiap hari) dan aktiviti ini akan semakin rancak pada hujung minggu (boleh rujuk entry mengenai jadual kuliah sebelum ini). Janganlah kita bazirkan masa lapang hujung minggu begitu sahaja. Dan janganlah pula kita penuhkannya dengan perkara sia-sia apatah lagi diisi dengan perkara-perkara maksiat dan lagha.

Kalau dulu aku sendiri punyai perasaan nak cari kerja di kampung (balik bekerja di Kluang) tapi kini tidak lagi. Aku rasa nak menetap terus di Pasir Gudang sebab aktiviti-aktivtii keagamaannya yang subur dan meriah yang tidak diperolehi di tempat lain. Syukur kepada Allah swt kerana diberiNya hidayah utk kekal istiqomah dengan jalan ini. Dan aku sentiasa berharap aku dapat terus kekal istiqomah dan takkan lari dari jalan ini. Nyata, bukan kerana aku hebat berbanding orang lain, aku lebih baik daripada orang lain, aku lebih kuat daripada orang lain tapi kerana Dia izinkan, maka beginilah aku. Syukur Ya Rabb!