Search This Blog

Sunday, December 25, 2011

USTAZ AZHAR IDRUS DI MASJID JAMEK PASIR GUDANG




ustaz azhar idrus datang lagi!

selepas 6 bulan, pasir gudang (dan JB) sekali lagi menerima kunjungan ustaz terfofuler di tanah melayu (jika diukur dengan bilangan kehadiran ummah dalam setiap siri kuliah ustaz lah dan berdasarkan bilangan video klip ustaz yg telah diupload ke youtube).

2-3 hari ini di pasir gudang hujan turun hampir sepanjang hari. kadang lebat namun selalunya renyaindan jarang-jarang berhenti. langit mendung selalu tanpa menerima sinaran matahari. hari ahad petang aku bersiap utk ke bararah seperti minggu lainnya. kuliah ustaz md esa sudah semestinya bagi aku. aku bermotorsikal walaupun langit mendung sejak semalam. harap2 tak hujan lah. kalau hujan juga, aku tak peduli. baju hujan kan ada. aku tau kalau berkereta pasti susah, nak parking dan jalan yg macet (jam). lepas saja doa selesai solat isya berjemaah di bararah aku terus keluar menuju ke motor. next destination; masjid jamek pasir gudang.

sampai di masjid, aku lihat orang dah memenuhi bahagian dalam masjid. mujur kereta tak dibenarkan masuk ke perkarangan masjid (kereta parking di kawasan luar masjid) nasib baik aku naik motor. alhamdulillah.

berbanding kuliah bulan jun lalu, jumlah kehadiran kali ini dipercayai lebih ramai. buktinya ketika jun lalu aku dengan mudah menyusup daripada pintu masuk utama dibelakang terus ke hadapan berdekatan meja ustaz tapi kali ini bila saja aku sampai ke masjid seluruh ruangan dewan solat telah pun dipenuhi manusia. mula2 aku duduk dekat pintu bahagian tepi sahaja (belah luar) tapi alhamdulillah dapat masuk dan duduk dibahagian depan dekat2 dengan mimbar sejurus ustaz tiba.

malahan aku juga dapat bersalaman dengan ustaz walaupun mulanya aku tak bercadang pun nak bersalaman dengan ustaz. namun alhamdulillah semuanya dipemudahkan bagi aku.

Wednesday, December 21, 2011

Ufuk aidiladha

suatu petang 9 zulhijjah. beberapa detik sebelum azan maghrib berkumandang.
dalam kereta bersiap-siap utk berbuka di halaman masjid kg cahaya baru.
belum ramai yg datang. mungkin ramai yg dah sampai di kampung halaman utk menyambut aidiladha pada esok harinya. mungkin juga ada yg sedang dalam perjalanan balik kampung.
aku saja nak test kamera handphone SE312 aku ni.
okay jugak ya

Saturday, December 10, 2011

MYLAUNCHPAD

MYLAUNCHPAD

Gerhana bulan


malam ini, sabtu malam ahad 10 november 2011 bersamaan 15 muharram 1433h berlaku gerhana bulan.

di surau bararah kg cahaya baru telah diadakan solat sunat gerhana dipimpin oleh ustaz md esa selepas solat isya.

dalam khutbah dinyatakan bahawa gerhana sebagai tanda kebesaran Allah swt, bukan tanda kelahiran atau kematian orang-orang tertentu. memang gerhana berlaku ketika kelahiran putera nabi saw iaitu ibrahim dan ketika kematian saidina hussain cucu nabi saw namun itu hanyalah kebetulan. gerhana juga sebagai tanda semakin hampirnya kiamat. gerhana akan berlaku sehingga 3 kali sehari pada ketika kiamat semakin hampir.

disunatkan untuk mendirikan 2 rakaat solat sunat ketika berlaku gerhana. bukannya 4 rakaat atau 6 atau 8 rakaat seperti dilakukan oleh sesetengah ahli bidaah. solat sunat gerhana digalakkan utk dilakukan berjemaah dimasjid disertai dengan khutbah. namun boleh juga dilakukan sendirian dirumah (tanpa khutbah).

ketika berlaku gerhana, ia merupakan antara waktu yang mustajab doa. maka perbanyakkanlah doa ketika berlakunya gerhana.




ustaz md esa sedang berkhutbah selepas solat sunat gerhana di surau bararah kg cahaya baru

ntahapapa

dah lama tak update
baru hari ni berpeluang
nak kata sibuk sangat tu idak lerr
tapi boleh la kira sibuk jugak
tapi lebih kepada dah kurang 'passion'
apanama..kureng passionate gitu
kalau silap tolong tunjukkan
kalau salah tolong maafkan yer..

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha


Ustaz md esa sedang berkhutbah usai solat sunat aidiladha di surau al husna seri alam

aku dimaklumkan ini adalah kali ke-9 ustaz menjadi imam solat sunat di sini

jemaah memang ramai, selain daripada penduduk setempat turut datang berjemaah adalah murid-murid ustaz dari serata pasir gudang (termasuk aku yang datang daripada rumah mertua di perumahan rakyat iskandar di pasir pelangi)

berbalik kepada khutbah, seperti tahun-tahun yg lalu ustaz bukannya mem'baca' khutbah seperti lazimnya di tempat-tempat lain atau lebih tepat lagi di masjid-masjid atau surau-surau lain (yang mendirikan solat sunat hari raya). sebaliknya ustaz benar-benar berkhutbah kerana tiada teks yang dibacakan (dan bukan mengikut 'skrip' teks dari pihak berkenaan). dan jangan terpedaya atau memandnag serong. kerana kita sedia maklum, bilamana kita kata t'tidak menbaca teks' maka lazimnya yang muncul difikiran ialah pengisian khutbah yang condong kepada aliran atau ideologi pihak tertentu.

sejujurnya, kandungan khutbah yang disampaikan penuh dengan mesej-mesej yang menyerukan kepada pengesaan kepada Allah swt, penghayatan qurban dan ketakwaan.

bagi aku sendiri ini kali kedua aku solat aidil adha di surau al husna ni. kali pertama pada tahun 2009 dan aku ada vcd khutbah surau al husna bagi tahun itu. kalau aku tak balik raya kat kluang insyaAllah aku akan solat di sini pada tahun-tahun mendatang

Wednesday, November 2, 2011

Naik harga


Dulu baru rm14, smlm aku beli dah rm17!

apalah...sekarang sumer barang naik harga
dari telor, kicap, barang basah dan lain-lain
yang tak naik gaji aja....

kenapa ya?
bagi aku, nikmat yg Allah bagi dah ditarik
nikmat nak makan yg baik, berkhasiat, berkualiti dan murah
tentulah
kerana kekangan kewangan kita terpaksa memilih kepada yg lebih murah
dan secara relatifnya lebih kurang kualitinya
namun ada barangan yg kita tiada pilihan yg lebih murah
maka terpaksa kita beli juga walaupun harganya lebih tinggi
contohnya macam lada kering tulah
mana ada yg lagi murah, nak guna beli la juga
dan sebagai jalan penyelesaian
adsa benda yg kita tak boleh beli
kos melepasssss....

Saturday, October 1, 2011

Dr. Abdul basit Abd Rahman di Johor Bahru


berikut adalah kuliah Maghrib oleh Abu Anas Al MAdani di surau Beringin, Taman Rinting pada hari Sabtu 1 Oktober 2011.


Keesokkannya, hari Ahad 2 Oktober 2011 aku ke Masjid Jamek pasir Gudang utk kuliah zuhur Abu Anas Al Madani.

Tuesday, September 13, 2011

zaman susah

dari dulu aku dah dengar
abah derita zaman dia masa perang jepun

susah oooo
makan ubi kayu jer
begitulah resamnya bila hidup dijajah bangsa asing
(ni bangsa yg betul2 asing tau)

jadi ada yg kata sekarang ni kita dah senang
aku setuju dan juga tak setuju
secara zahirnya memang kita senang
ada rumah, tanah, kereta, bisnes, pelbagai lagi

tapi yg tersirat
susah wooo
semalam dulu ada RM10 boleh beli 10 barang
hari ni ada RM10 cuma boleh beli 7-8 barang jer

korang faham tak??
ker korang senang dgn perkara tu??
korang tak kisah??

mungkin ada org tak kisah
janji aku boleh jadi bos, jadi tuan
walau sebenarnya tak begitu

inilah mrk yg berpegang pada slogan 'biar papa asal bergaya'

aku dah kerja dgn bangsa asing (cina) lebih 10 tahun
bagi dorang nilah apa yg penting dorang ada duit (banyak)
senang bisnes buat duit
dorang pun tak suka huru hara
'susah cali makan maaaa......'

jadi sapa lak yg kata negara huru hara bila sesatu puak berkuasa?
dorang ni macam tau-tau jer
ker memang dorang ni suka buat huru-hara?

p/s-ini pendapat peribadi aku jer
aku x suruh korang setuju
jgn lak lepas ni korang kata aku pengkhianat bangsa sudah.....

mat oh mat

macam-macam cerita pasal mat

mat sabu cerita pasal mat indera

apalagi, marahlah mamat-mamat sekalian, melompat-lompat menjerit-jerit

mencarut dan memaki pun ada....

errmmm... aku pun x tengok lagi video mat sabu tu

jadi tak boleh komenlah

jadi korang yg komen pelbagai tu dah tengok sendiri ke video mat sabu?

ker korang main keromo selepas baca utusan malaysia, berita harian dan yang sewaktu dengannya?

tak best la macam nie... lagipun boleh percaya apa yg ditulis tu??

fikirlah sendiri yee... fikir betul-betul yop

6 persennnnn............

entah dr mana dtgnya idea

aku yg pakai prepaid tentu tak setuju lah

beli RM10 kena tambah 60 sen, mana boleh??

aku belum guna dah bayar habis (penuh)

bukan macam postpaid

pakai/guna dulu bayar kemudian

dgn prepaid telco kan dah untung sbb kami dh bayar sebelum guna

jgn takut, kami tak cabut lari maaa.....

Taqqaballahu Mina Wa Minkum

Taqqaballahu mina wa minkum

itulah ucapan yg tepat untuk menyambut aidelfitri

yang bermaksud semoga Allah menerima amalanmu

semoga Allah menerima puasa kita, tarawih kita, qiam kita, iktikaf kita, tahajjud kita

selain drp amalan kita yang lain spt solat, sedekah, zakat dsb

Wednesday, August 10, 2011

Ramadan, Tarawih dll

dah 10 hari berpuasa
aku tarawih di surau bararah, felda cahaya baru
dipimpin oleh Ustaz Md Esa
buat 8 rakaat tarawih, 3 witir kemudian tazkirah
tahun ni buka kitab Al fawaidh karangan Ibn Qayyim Al jauziyah

aku tinggal di kota masai
jarak dr rumah ke surau lebih kurang 20 km
ada surau & masjid di kota masai
tapi kenapa aku ke surau bararah?
pasti ada yg tertanya-tanya

utk makluman ini tahun ke-3 aku bertarawih di cahaya baru
tempat ni lain sikit
ia lebih 'subur', lebih 'makmur'
surau sentiasa penuh
tak pernah org balik sebelum imam/ustaz bangun
kami tunggu sampai habis
balik sama-sama, ramai-ramai

tak macam sebahagian surau & masjid
'half time' je dah separuh kosong
penuh awal bulan aje, tengah bulan dah tinggal setengah
di sini dari awal sampai hujung sama je
malahan dah nak hujung lagi rancak
ustaz kata; kena pecut sungguh2 bila dah nak sampai ke garisan penamat!!!

TAMBAHAN
beribadat ni macam bermain (main bola la contohnya)
kalau bermain kita bersungguh
mesti nak menang
kalau kita jadi kapten atau pengurus
mesti nak pilih yg pandai main
belanja banyak pun kita tak kisah

so, kalau beribadat pun kena la sungguh2 juga
belanja jgn lokek,beli kitab (atau bahan belajar) kalau perlu
(peminat sukan sanggup perabis duit beli jersi, boot, aksesori dsb)
kalau jauh pun sanggup pergi, tak mengapa
(peminat bola kalau keluar duit nk tengok bola sampai ke london pun tak kisah)
tak kira waktu, subuh, maghrib, isyak, pagi buta
(nak tengok bola, jam 3 pagi boleh bangun, takde hal)
duduk (join) la sama2 dgn org alim, soleh
(kalau nak join team mesti yg hebat, yg boleh menang punya)

so, jika bararah ni diibaratkan sbg team bola
boleh la dikatakan sebagai team yg kuat juga
rasa2nya 'player2' kat bararah ni hebat2 belaka
mereka tak pernah tinggalkan 'bos' (guru/ustaz) mereka
selagi 'bos' duduk, mereka tetap duduk, tak bangun
sentiasa ke depan (bila ada saf kosong, berebut-rebut)
jadi, bertuahlah kalau dapat join team bararah
insyaAllah, aku yg tak hebat ini pun bersemangat nak menuruti jejak mereka
moga kita sama2 menjadi 'pemenang' yg sebenar-benarnya....AMIN.



Thursday, July 28, 2011

Hadad Alwi & Sulis Ummi

lagu yg si Umar sibuk nyanyi, di belajar kat tadika. siap nak ajar abah & mama dia lagi.



Found at: FilesTube

Tuesday, July 19, 2011

Transformasi Diri Dgn 2 Perkara

Assalammualaikum.

Lama dah blog ni terbiar.

Ya, tak lama lagi Ramadan yg dinanti-nantikan bakal tiba. teringat aku dua perkara yg mengubah diri aku ni.

pertama - ramadan
kedua - kematian

ramadan:
dulu aku ni hanya org yg biasa, alhamdulillah aku solat. alhamdulillah kebanyaknnya penuh 5 waktu. biasa di rumah solat sendirian. kalau solat di rumah ni faham2 sajalah. tak pernah awal waktu. kalau solat isya tu biasanya sebelum tidor baru didirikan.
tapi bila ramadan, boleh pula solat di masjid (yg agak jauh drp rumah). solat isya & tarawih berjemaah insyaAllah 70% penuh. (masa bujang di taman mawar lagi teruk aku ni, dr rumah boleh dengar azan tp tak pernah solat tarawih. solat2 lain (yg fardu) aku buat la).
namun, aku iltizam kalau bulan ramadan boleh solat jemaah kenapa aku tak boleh teruskan selepas ramadan.
maka bermulalah episod baru. mula2 tu malu juga dgn org masjid. bimbang2 kalau aku ni nampak macam 'alien' saja nanti. namun itu hanyalah sangkaan. syaitan yg mengoda aku supaya terus jauh drp masjid. alhamdulillah hingga kini aku dah jadi 'rakan masjid', malah dah jadi 'geng kuliah' pula. sekali lagi syukur kpd Allah kerana hidayahNya.

kematian;
mula dgn kematian tok bapak (abg ipar makcik). aku tak pernah pegang jenazah, ini kali pertama. tolong memandikan jenazah & mengafankan. diikuti arwah abg sahak, arwah mbah dollah, wak saliman, paman ting dan yg paling hampir dan mengejutkan arwah sukri (ahmad sukri man) yg aku anggap spt abg aku sendiri. arwah sukri aku hantar jenazahnya ke melaka drp pasir gudang. masa nak diturunkan ke dalam liang lahat aku yg pangku kepalanya.
aku bayangkan kalaulah aku ditempatnya. bagaimana? *alfatihah untuk semua yg tlh aku sebutkan tadi.

inilah 2 perkara yg tlh merubah diri aku. namun aku ni amat lemah. selalu leka. setiap kali duduk dalam kuliah mendengar buah bicara ustaz aku rasa macam kena pada batang hidung aku ni.
manalah tempat aku nanti??? ya Allah kekalkanlah aku dalam iman dan Islam krn itulah nikmat yg paling besar yg Kau kurniakan kepadaku. terimalah segala amalan2ku, masukkan aku ke dalamsyurgaMu dan jauhkan aku drp azab api nerakaMu. Amin.

Tuesday, June 21, 2011

PESAN-PESAN

Di atas dipetik daripada kitab Nashaihul Ibad (Pesan-peasn Agama) karangan Imam Nawawi Al Banteni






Thursday, June 16, 2011

Ubat Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Berikut pula lirik lagu TOMBO ATI (UBAT HATI) yg dinanyikan oleh OPICK, seorang penyanyi lagu-lagu ketuhanan asal Indonesia. Lagu yang sangat menarik untuk didengar.

Tombo Ati - Opick

*courtesy of LirikLaguIndonesia.net

tombo ati iku limo perkarane
kaping pisan moco Qur’an lan maknane
kaping pindo sholat wengi lakonono
kaping telu wong kang sholeh kumpulono
kaping papat kudu weteng ingkang luwe
kaping limo dzikir wengi ingkang suwe
salah sawijine sopo biso ngelakoni
mugi-mugi Gusti Allah njembatani
[2x]

obat hati ada lima perkaranya
yg pertama, baca Qur’an dan maknanya
yang kedua, sholat malam dirikanlah
yg ketiga, berkumpullah dng orang sholeh
yg keempat, perbanyaklah berpuasa
yg kelima, dzikir malam perpanjanglah
salah satunya siapa bisa menjalani
moga-moga Gusti Allah mencukupi
[2x]

Wednesday, June 15, 2011

Ustaz Azhar Idrus Di Johor.












(gambar ni aku snap dgn HP S312 aku dari tempat aku duduk)







Hujung minggu lalu, negeri Johor menerima kunjungan seorang ulama terkenal tanahair iaitu Ustaz Azhar Idrus. Di Johor, yang berbahagia ustaz akan mengadakan 3 majlis iaitu di Masjid Jawahir, Mutiara Rini (11.6.2011 selepas Isya’), di surau Al Husna Seri Alam (12.6.2011 selepas Maghrib) dan di masjid Jamik Pasir Gudang (12.6.2011 selepas Isya’)

Alhamdulillah dengan izin Allah swt aku telah dapat hadir di majlis ke-3 iaitu di masjid Jamek Pasir Gudang. Aku sampai selepas isya’. Subhanallah! Banyak betul kereta ditempat letak kereta masjid. Penuh dengan kereta & motorsikal (cam aku ni).

Ketika aku masuk ke dalam masjid, 2/3 ruangan di dalam masjid sudah dipenuhi oleh para hadirin. Ustaz masih belum sampai lagi ketika itu. Beransur-ansur para hadirin memenuhi setiap ruang yang ada sehinggakan ketika majlis berlangsung, ramai yang berdiri di setiap pintu masjid.

Aku ni jenis yg tak suka duduk belakang, jadi akupun menyelinap ke depan lalu ‘mendarat’ berdekatan mimbar. Port aku hampir dengan meja yang dikhaskan untuk ustaz duduk nanti. Aku sangat teruja dengan suasana sebegini walaupun ini bukanlah kali pertama aku hadir di majlis Ustaz Azhar ni.

Bagi aku ini adalah peluang untuk kita berjumpa dan mendapatkan ilmu dengan ulama. Jika beliau sanggup bersusah payah datang dari jauh untuk memberikan ilmu kepada kita, kenapa kita susah sangat nak datang ke tempat diadakan majlis sebegini. Jika ustaz boleh luangkan masa untuk kita, kenapa kita sukar sangat nak luangkan masa mendapatkan mutiara-mutiara ilmu daripada ustaz-ustaz.

Tuesday, June 7, 2011

Jalan-jalan @ Melaka 5 Jun 2011




humaira & amirah di dalam muzium samudera











amirah di hadapan muzium samudera











di dalam muzium maritim













di muzium maritim











di muziam maritim








kakak posing sakan









di atas replika kapal flor de la mar











naik beca (RM15 satu beca x 2 beca)










kenangan bersama beca (1st time bagi anak-anak)








umar suka betul dgn keretapi, dia seboleh-boleh nak masuk dalam koc








di hadapan muzium Islam, tak masuk pun....














turun daripada bukit st paul










di puncak bukit st paul

























di tebing sg melaka (on the way nak naik river cruise)










di salah satu jambatan merintangi sg melaka, dkt kg morten









di dalam melaka wheel, di pirate park



















tgk si umar tu









si umar pandai betul berlakun




Thursday, June 2, 2011

Untuk difikirkan

Tokku Pasir Gudang - umat islam dahulu berjaya walau dimanapun mereka berada kerana mereka percaya bahawa tidak berlaku sesuatu kecuali dengan kehendak Allah swt.

kerana itu mereka menjadi umat yang berjaya diserata dunia. mereka menguasai 2/3 dunia.

************
Umat Islam adalah bersaudara walau siapapun dia...adalah terlalu naif jk disebabkan sesuatu perbezaan kt bersengketa...kan lebih baik saling menyokong org2 yg bawa Islam...skrg2nya dia ada usaha...kita...kalau bukan 100% terima Islam, mungkin 50%, tidak 50% mungkin 0%, tp jgn sampai jadi Abu Jahal...tak terima...jg penghalang...yg terima pun jgn jd phalang....cdgn atau tgrn membina...inshaAllah boleh...

*************
Ucapan mencabar minda dari guru kami Ustaz Nizamudin Omar:Kenapa kita TAKUT MISKIN sedangkan miskin itu bukan untuk ditakuti.Yang perlu ditakuti ialah ALLAH SWT yang Maha Pemberi Rezeki.
**Masalahnya kita letak TAKUT itu bukan pada tempatnya. Wallahua'lam

**************
Sekiranya anda memilih untuk teguh dan tetap dalam menempuhi jalan yang panjang dan sukar ini ketahuilah bahawa kemenangan akan tiba. Ia tetap akan tiba sama...

**************
"Nabi Muhammad, Abu Bakar dan bapamu (aku) sendiri ibarat 3 musafir yg mgunakan jln yg sama. Yg 1, sudah sampai ke tempat yg dituju. Musafir ke2 juga sama. Musafir yg ke3 masih dlm pjalanan. Sekiranya saya tidak menempuhi laluan yg sama seperti mereka yang terdahulu, sudah tentu saya tidak akan sampai ke tempat mereka."
-Umar b. Khattab-

***************
Kenapa kita selalu KELIRU dengan FATWA yang dikeluarkan oleh ALIM ULAMA? Kerana kita selalu AMBIL HUKUMNYA TANPA mengambil DALILnya.
**Natijahnya, banyak KEBAIKAN DITANGGUHKAN danKEMUNGKARAN TERUS DILAKUKAN.

***************
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:"Demi Dzat yang jiwaku berada di TanganNya, tidaklah kalian masuk Surga sehingga kalian beriman dan tidaklah kalian beriman sehingga saling mencintai. Maukah kalian aku tunjukkan sesuatu, jika kalian lakukan akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian." (HR. Muslim)

***************
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

****************
Kata Ulama, SEPATAH kata mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran lebih baik daripada 1000 rakaat solat sunat.
Apa dalilnya???Amar Ma'ruf Nahi Munkar adalah wajib sedangkan solat sunat hukumnya sunat.
Bukankah 2 rekaat solat subuh lebih baik daripada berqamullail sepanjang malam?
Wallahua'lam

*****************

Berikut di atas ialah posting para sahabat DARUL HIKMAH

Wednesday, June 1, 2011

4 Isteri, Jagalah Yang Pertama

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita seringmengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

KENAPA ENGGAN BERADA DI SAF HADAPAN?

"Memberi keutamaan kepada orang lain dalam melakukan amalan qurbah adalah makruh"

Satu fenomena yang selalu kita lihat di masjid-masjid, terutamanya hari jumaat; orang kita tidak suka berada di saf hadapan. Jika ada ruang hadapan yang kosong, biasanya orang yang berbetulan dengan ruang itu tidak akan melangkah ke depan, tetapi mempersilakan orang lain untuk mengisi ruang kosong itu.
Ia merasakan tindakannya itu baik kerana mendahulukan orang lain. Sebenarnya, perbuatan itu adalah makruh. Sepatutnya apabila ada ruang kosong di saf hadapan kita, kitalah yang paling utama merebut ruang itu dari orang lain.

Firman Allah (bermaksud); "Maka berlumba-lumbalah kamu untuk melakukan kebaikan" (al-Baqarah; 148).
Sabda Nabi s.a.w.; "Jika kamu mengetahui besarnya pahala yang ada di saf hadapan, nescaya kamu akan merebutnya sekalipun terpaksa mengundi (untuk mendapatkannya dari orang lain)" (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a..

Dalam kaedah Fiqh, ada dinyatakan; "Memberi keutamaan kepada orang lain dalam melakukan amalan-amalan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) hukumnya adalah makruh. Adapun dalam menerima pemberian, maka memberi keutamaan kepada orang lain adalah digalakkan".

Kaedah Fiqh ini memberi pengertian; jika kita ada peluang untuk melakukan amalan kebaikan/kebajikan, rebutlah peluang itu dan jangan menyerahkannya kepada orang lain kerana kita yang amat memerlukan pahala dari amalan itu.
Kita tidak mengetahui; apakah pahala yang kita ada sudah mencukupi atau tidak? Kerana itu, kita perlu merebutnya. Sebaliknya pula dalam menerima pemberian; kita digalakkan mengutamakan orang lain.
Contohnya; ada orang datang membawa makanan untuk kita dan kawan-kawan bersama kita. Maka ketika itu, kita disunatkan mempelawa kawan-kawan kita untuk lebih dulu mengambilnya, kemudian barulah kita mengambilnya.

Luka di hati siapa yang tahu

~PAKU DI HATI~
Begini kisahnya..
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
‘Untuk apakah paku-paku ini ayah?’ tanya pemuda tersebut. ‘Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu’ jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata ‘Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
‘Keluarga dan sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Mereka juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

’Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda….
It’s better to be silent & be thought a fool, than to speak & remove all doubt.. -Abraham Lincoln-

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan…..
Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan….. ..
Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka begitu bererti.

sumber - http://cikten.merepek.com/2009/10/luka-di-hati-siapa-yang-tahu.html

Friday, May 20, 2011

Kenali Ulama: Syeikh Faqih Dr Wahbah Zuhaili



Pujangga menyebut
“Sesungguhnya mengetahui orang-orang hebat itu adalah perbendaharaan”
Ini memberi erti selayaknya bagi seorang mengenali tokoh dan kewibawaan mereka yang mempunyai kelebihan dan kewibawaan sama ada yang masih hidup atau bersahabat dengan mereka. Ini disebabkan kerana terlalu banyak faedah hasil daripada ilmu, tajribah, pengalaman hidup yang ada pada mereka. Kita perlu mencontohinya sekalipun kita bukanlah setaraf dengannya seperti pepatah arab :
فتثبهوا إن لم تكونوا مثلهم إن التثبه بالكرام فلاح
Contohilah sekalipun kamu tidak setara dengan mereka,
Kerana mencontohi yang mulia itu pasti berkemenangan
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadith yang dinyatakan oleh Ibn al-Qayyim dan Ibn al-Wazir telah mensahihkan atau menghasankannya antara lain sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Ilmu ini aka dipikul dari setiap zaman dan generasi yang adilnya, mereka akan membasmi penyelewengan yang melampau dan ajaran ahli batil di samping takwilan orang jahil
Dr. Yusuf al-Qardhawi di dalam bukunya Kaifa Nata’amal Ma’a al-Sunnah al-Nabawiyah menjelaskan secara panjang lebar berkenaan dengan mafhum dan hadith ini. Penulis menyebut hadith ini kerana sifat Syeikh Wahbah adalah seperti yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW sama ada membawa risalah ilmu sebagai Warasatu al-Anbiya’ dan juga membasmi segala bentuk penyelewengan dengan hujah-hujah naqliah dan aqliah
BI’AH
Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili (selepas ini digelar syaikh sahaja) dilahirkan di negeri Syam. Bumi Syam merupakan bumi yang mempunyai keberkatan kerana doa Nabi SAW dalam hadith yang sahih :
اللهم بارك لنا في شامنا
Ya Allah! Berkatkanlah bagi kami negeri Syam kami
Sejarah juga telah membuktikan ramai tokoh-tokoh terbilang lahir di negeri Syam sejak zaman berzaman dahulu lagi antaranya Sultan al-Ulama’ Iz Al-Din bin Abd al-Salam, Imam al-Nawawi dan ramai lagi.
PERKAMPUNGAN SYAIKH
Syaikh dilahirkan pada tahun 1351H bersamaan 6 Mac 1932M diperkampungan Dir ‘Atiyah, satu kawasan di Qalmun daerah al-Nabk iaitu di pinggir Kota Damsyiq. Beliau dinamakan dengan Wahbah Mustafa al-Zuhaili dan digelar Abu ‘Ubadah. Ini kerana salah seorang anaknya bernama ‘Ubadah.
Ayahnya bernama al-Haj Mustafa al-Zuhaili yang merupakan seorang hafiz al-Quran dan seorang yang banyak membawa siang dan malam. Seorang yang banyak beribadat dan berpuasa dan memelihara solat jemaah di masjid. Ayahnya bekerja sebagai peladang dan peniaga.
Ibunya pula bernama Hajjah Fatimah binti Mustafa Sa’adah. Seorang ibu yang dihiasi dengan sifat warak dan bepegang teguh dengan syari’at dan beramal dengannya.
KEHIDUPAN ILMUNYA
Beliau mendapat didikan dan tarbiyah sejak kecil lagi dari kedua orang ibu bapanya. Syaikh juga mempelajari sekolah rendah dan tamat di perkampunganya sebelum berpindah ke Kota Damsyiq atas dorongan ibunya. Kemudian syaikh menyambung pengajian menengah dan thanawi di Kota Damsyiq. Syaikh pernah menceritakan bahawa beliau pernah belajar dengan seorang tokoh Nahu pada zamannya yang terkenal iaitu Syaikh al-Kafrawi.
Seterusnya syaikh menyambung pengajian di Kuliah Syariah di mana maahad tersebut merupakan taraf yang cukup tinggi di Syiria. Di Kuliah Syariah, Syaikh telah belajar hamper 6 tahun dan mendapat darjah Tajhiz – Thanawi – Syar’iyyah pada tahun 1952.
Kemudian syaikh menyambung pengajian ke Mesir. Beliau telah belajar di beberapa Kuliah dan di beberapa university pada waktu yang sama. Namun secara khususnya, beliau mempelajari di Universiti al-Azhar dalam dua Kuliah iaitu Syari’ah dan Lughah Arabiah. Begitu juga beliau belajar di Kuliah Undang-undang di Universiti ‘Ain Syams. Beliau telah mendapat sijil seperti berikut :
i. Sijil Syahada ‘Aliah dalam Syariah Islamiah daripada Kuliah Syariah, Universiti al-Azhar tahun 1956. Kedudukannya ialah tempat pertama dari keseluruhan pelajar.
ii. Ijazah Takhassus dengan pengajaran dan pendidikan daripada Kuliah Lughah Arabiah, Universiti al-Azhar tahun 1957.
iii. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya pada peringkat Master dan pada tahun 1959 beliau telah memperoleh Master dalam Syariah Islamiah dari Kuliah Huquq (Undang-undang) dan tajuk risalahnya ialah al-Zara’I Fi al-Siasah al-Syar’iyyah wa al-Fiqh al-Islami.
iv. Selepas itu beliau meneruskan kajian ilmiahnya untuk mencapai Ph.D pada tahun 1963 di mana tajuk tesisnya Athar al-Harb Fi al-Fiqh al-Islami : Kajian Perbandingan. Beliau telah diselia oleh Prof. Dr. Muhammad Sallam Madkur. Akhirnya syaikh telah dianugerahkan martabat Syaraf Ula dan datangqararnya dengan tausiat untuk diedarkan tesisnya tersebut antara unversiti-unversiti yang lain

Thursday, May 19, 2011

Taubat

# Sebagai orang yang berdosa (dan sentiasa melakukan dosa), maka wajib bagi kita bertaubat setiap hari (sedang Nabi SAW yang maksum juga bertaubat yakni dengan beristighfar sebanyak 70 kali sehari malah ada riwayat yang mengatakan bahawa baginda SAW beristighfar sebanyak 100x sehari).
# Allah menyukai hambaNya yang bertaubat lebih daripada gembiranya dan sukanya seorang pengembara yang telah kehilangan untanya bersama-sama dengan bekalan diatasnya ditengah-tengah padang pasir lalu dia menjumpai semula untanya itu.
# Taubat akan dapat membuka pintu rezeki.
# Allah menyukai hambaNya yang sentiasa bertaubat, meskipun dia kemudian melakukan dosa selepas bertaubat, lalu dia kembali bertaubat dan kemudian dia melakukan dosa lagi dan kembali bertaubat (dgn syarat, dosa yg dilakukan bukan kerana mencabar hukum Allah tetapi disebabkan oleh kelemahan. kejahilan atau lupa)
# Jangan berputus asa daripada rahmat Allah. Pintu taubat sentiasa terbuka kecuali apabila nyawa sudah ada di kerongkong atau apabila matahari telah terbit dari barat.

Wednesday, May 18, 2011

Dunia yg hina

sumber: kitab "Pelembut Hati' karangan Dr. Aidh Abdullah Al Qarni (disyarah oleh Ustaz Md Esa Bin Deraman @ Surau Al Husna, Seri Alam)


# Jika dunia ini bernilai seperti sebelah sayap nyamuk sekalipun, pasti tidak ada seorangpun orng kafir akan diberi minum oleh Allah SWT.


# Jika dunia ini mempunyai nilai di sisi Allah SWT, pasti ia takkan dibinasakan.


# Dunia ini hina sebab itu Nabi SAW tidak cenderung kepadanya.

Tuesday, May 10, 2011

Naik Lagi

Khabarnya harga gula naik lagi hari ni
naik lagi 20 sen, daripada RM2.10 menjadi RM2.30
20 sen???
sikit jer ............
bagi orang banyak duit kaya raya macam Dato-dato, Tan sri-tan sri, Tun-tun yela
tapi macamana pula
bagi orang kebanyakan macam aku ni
bagi orang yang berniaga kecil-kecilan menjual kuih-muih macam aku jugak

Taikun gula Malaysia iaitu Robert Kuok (RK) ialah orang yang terkaya di Malaysia ni
(dengar khabar RK dah tak pegang lagi konsesi gula, ntah ye ntag tidak)
kita ni rakyat biasa dah lah tersepit, makin tersepit
dahlah susah, makin susah
dah lah miskin, makin miskin

Tunggu ajer la apa lagi yg akan naik lepas ni
minyak masak? tepung? telur? kelapa? ayam? ikan?

Friday, May 6, 2011

JANGAN BERSEDIH

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya kebelakangan ini selalu nampak moody.”Kenapa kau selalu moody, nak?
Bukankah banyak hal yang best best dan indah di dunia ni? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” sang Guru bertanya.

“Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh masalah. Berat bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,” jawab sang murid muda.

Sang Guru terkekeh. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat.
Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.”Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru. “Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit.”

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini merengis kerana minum masin.”Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.”Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih merengis.
Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya .”Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka.

“Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.”Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya.

Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya.”Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di kerongkongnya, Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya.

Danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.”Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?” “Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu.
Jumlahnya tetap, man man saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”Si murid terdiam, mendengarkan.”Tapi Nak, rasa masin dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya ‘qalbu’(hati) yang menampungnya. Jadi Nak,supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau.”

Monday, May 2, 2011

Balik kampung..oo.oo.oo..balik kampung

rumah mak abah




"balik kampung...ooo..oooo..ooo....balik kampung..ooo..ooo..ooo.. balik kampung hati riang..."

Lirik lagu 'Balik Kampung' dendangan Allahyarham Sudirman Hj Arshad ini diulang-ulang oleh anak bongsuku, Muhammad Umar bila saja tau bahawa kami akan balik kampung nanti (setiap kali bila cakap nak balik kampung itulah lagu rasminya yg akan dinyanyikan bersama dengan kakak-kakaknya). Mungkin hanya tu yg dihafalnya tapi dia cukup ceria melagukanya dengan petah campur pelatnya. Alah budak umur pun belum sampai 5 tahun begitulah. Apa yg dia tau sangat, kan??

Dan pada cuti am 1 Mei lalu, inilah destinasiku. Kg Pelembang, Kluang.

Balik ke rumah aku dibesarkan. 3 hari 2 malam di sana. Dah lama aku tak bermalam sebegini lama sebelum ni. Yelah, nak tinggalkan kuliah-kuliah kat Pasir Gudang sayang. Sebab biasanya akan ada lebih kurang 6 kuliah pada setiap hujung minggu. Kalau lama balik kampung, maka banyaklah kuliah yg akan aku miss nanti. Terasa rugi pulak. Kosong aja takde pengisian rohani. Tapi kali ni aku stay lama kat kampung pasal sepupu aku si Angah anak bujang Mak Kitum yg sorang tu kahwin. Majlis sederhana saja, hari Sabtu bertandang ke rumah pengantin perempuan di Felda Kahang Timur, Kluang (aku sampai drp Pasir Gudang pagi sabtu tu lah). Hari Ahad ada majlis jamuan kenduri dan Yasinan perempuan kat rumah Mak Kitum. Ingat nak balik petang Ahad tu tapi emak kata; kenapa nak balik awal sangat, hari Isnin kan cuti. Oleh kerana badan kami pun masih keletihan maka kamipun setuju nak balik esok saja.

Bercerita tentang cuti hujung minggu teringat pesan guruku Al Fadhil Ustaz Md Esa pada kuliah subuh pada hari Sabtu 30hb April dulu. Salah satu bab dalam kitab 'Cahaya Pencinta Ilmu' karang Syiekh Azzarnuji Rahimahullah menceritakan kelebihan hari Rabu dimana ulama-ulama silam dalam pengajian yakni akan memulakan pengajian (buka buku) atau menutup buku (menggunakan istilah 'memotong ayat') pada hari Rabu. Maka hari Rabu ini ternyata ada kelbihannya dalam Islam berbanding dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu sebagai hari untuk beribadat sahaja (tak boleh berkerja pada hari Sabu bagi Yahudi). Nasrani pula khaskan hari Ahad sebagai hari cuti mereka untuk ke gereja. Nampaknya kita umat Islam (dan negara umat Islam) telah mengikut jejak Yahudi dan Nasrani dengan menjadikan hari Sabtu dan Ahad sebagai hari cuti. Namun kita sebagai orang awam tentunya tidak dapat berbuat apa-apa kerana yang memutuskan dan menentukannyanya ialah pihak yang berkuasa. Namun sebagai orang Islam, kita boleh menjadikan hari Sabtu dan Ahad kita berbeza dengan Yahudi dan Nasrani.
Misalannya, kita penuhkan masa lapang kita ini dengan sesuatu yang berfaedah contohnya dengan hadiri kuliah-kuliah samada subuh, duha, mahgrib dan isya. Alhamdulillah masjid-masjid dan surau-surau di Pasir Gudang dan kawasan sekitarnya dirancakkan dengan kuliah-kuliah agama sepanjang minggu (setiap hari) dan aktiviti ini akan semakin rancak pada hujung minggu (boleh rujuk entry mengenai jadual kuliah sebelum ini). Janganlah kita bazirkan masa lapang hujung minggu begitu sahaja. Dan janganlah pula kita penuhkannya dengan perkara sia-sia apatah lagi diisi dengan perkara-perkara maksiat dan lagha.

Kalau dulu aku sendiri punyai perasaan nak cari kerja di kampung (balik bekerja di Kluang) tapi kini tidak lagi. Aku rasa nak menetap terus di Pasir Gudang sebab aktiviti-aktivtii keagamaannya yang subur dan meriah yang tidak diperolehi di tempat lain. Syukur kepada Allah swt kerana diberiNya hidayah utk kekal istiqomah dengan jalan ini. Dan aku sentiasa berharap aku dapat terus kekal istiqomah dan takkan lari dari jalan ini. Nyata, bukan kerana aku hebat berbanding orang lain, aku lebih baik daripada orang lain, aku lebih kuat daripada orang lain tapi kerana Dia izinkan, maka beginilah aku. Syukur Ya Rabb!


Friday, April 29, 2011

5 peket RM10



Hari tu beli sebjik RM13. Dalam ada 4 ulas aje, kitaorang berlima.. Alahaiiii...(tapi isi baik la)

So, sebab tak puas makan hari tu hari ni beli lagi yang dah siap pack. peket RM10.

Haa nkau, makan la sampai puas. Sorang sepeket.

Isinya okay namun ada sikit-sikt yang keras, tapi boleh laaa....


Jiwa Kacau




mana la tak kacau

kalau dengar berita kurang enak

rasa macam nak menjerit adalah

rasa nak mencarut pun ada jugak (buat tambah dosa je)




sabar sabar sabar (nak sedapkan hati)

(nak tulis pun dah tak boleh lagi sebab betul-betul kacau)




Wednesday, April 27, 2011

Motor oh motor


hari ni bawa kereta pegi kerja, pagi tadi baru perasan motor pancit.




Spocket dah haus (gigi jarang & meruncing) = Ganti spocket: RM40 (siap rantai brand SSS), tayar depan bocor & botak = tukar tiub baru & tayar baru 70/90: RM40,


begitulah adatnya ye.

Tuesday, April 26, 2011

My lunch


Nasi, ikan bawal putih goreng, sayur lemak pucuk manis, sambal belacan. Sedap tp dah sejuk sikit.

Nasi, ikan & sambal belacan bawa drp rumah. belen semalam tak habis (sayang kalu dibuang oooo...)

Sayur beli kat kantin jer RM1. stemet (kata org dulu-dulu)

berselera jugak lebih2 lagi perut tgh kosong nih...!!

Penawar bg org yg ditimpa musibah












Kitalah antara org2 tersebut









Maka,

Dekatlah diri dengan Allah

Angkatkan tangan menadahkan doa

Mintalah keafiatan drpNya


Ingat!

Jangan berputus asa drp rahmatNya


Salah pengharapan













“Hasbunallah wa ni’mal wakil”
“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar” (QS Ali Imran: 173-174)



Salahnya kita krn mengharap dgn manusia, lalu kita lupa pdNya
mengharapkan manusia, mereka menindas kita
mereka mengabaikan kita dan menzalimi kita
Maka, berharaplah dengan Allah
InsyaAllah, Dia takkan menghampakan kita ataupun menzalimi kita
namun andaikata apa yg diharapkan tidak kita perolehi
Allah sahaja maha mengetahui
Mungkin Dia ada perancangan yg lebih baik bagi kita


Friday, April 22, 2011

Maghrib 22.4.2011 Surau Al Husna Seri Alam


Kuliah Maghrib Di Surau Al Husna Seri Alam (setiap hari Jumaat malam Khamis)

Kitab - Pelembut Hati karangan Dr. Aidh Abdullah Al Qarni (pengarang buku 'best seller' "La Tahzan)

Disyarah oleh guru kami Al Fadhil Ustaz Md Esa Bin Deraman

point-point drp kitab ini akan diupdate kemudian, insyaAllah

Perihal Kiamat

Aku terima kiriman emel yg bertajuk “Gambaran Di hari Qiamat Untuk Ingatan “ daripada rakan sepejabat. Menarik. Bukannya aku tak pernah terima emel sebegini, malah sudah beberapa kali aku menerimanya dan dalam pelbagai versi atau gaya penceritaan.

Bagi aku, untuk memahami hal berkenaan hari kiamat dan seumpamanya, sebaiknya kita selusuri dan menghayati hadis-hadis Fittan (hadis tentang akhir zaman). Banyak sungguh hadis soheh mengenai akhir zaman ini. Dan sebaiknya juga mengajilah hadis Fittan ini daripada guru (ustaz atau ulama) yang mursyid (yang dipercayai ilmunya). Jika kita belajar sendiri samada daripada buku atau kitab, internet (Ustaz Google?) atau dengar-dengar cakap daripada kawan-kawan dibimbangi kita akan terkeliru dan lebih malang lagi kita berkemungkinan untuk tersasar daripada landasan iman dan aqidah.

Lebih penting lagi, apakah kesannya (mesej-mesej ini) kepada kita? Bagaimana kita menerima perkhabaran ini? Apakah persediaan kita? Cukupkan amalan-amalan kita yang nanti akan menjadi bekalan kepada kita di mahsyar kelak?
Fikir-fikrkan, adakah dengan amalan kita selama ini kita layak menjadi ahli syurga?
Fikir-fikirkan lagi, adakah kita mempunyai cirri-ciri sebagai ahli syurga?
Fikir-fikirkan lah..
Dan untuk semua; aku titipkan kiriman sang sahabat seperti di bawah.




Gambaran Di hari Qiamat Untuk Ingatan
Berikut gambarannya :
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kita ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Wallahualam.

Syarat

Syarat seseorang itu wajib solat ialah

1. Islam

2. Baligh

3. Berakal

**Kalau kita dah Islam dan Baligh tapi masih taknak solat, pastikan kita tidak berakal supaya diuzurkan. (Naudzubillahimdzalik).

{dicatat oleh Sdr Mat Hasnin Daud di FB Darul hikmah}

Thursday, April 21, 2011

Jawatan kosong


Diperlukan segera. Kelayakan... Gaji RMxxx...


p/s - saja jer melawak dgn Puan AJ kita (incumbent for the post at the moment hahahaa) yg dah upgrade 'office'nya (port baeeekkk punya)

Tuesday, April 19, 2011

Dasar apa ni?


Tanda jalan di SDE. Susah la mcm ni...


Aku nak kata aje 'Dasar kapitalis!!'





Sapa-sapa yang nak balik Cahaya Baru x bleh U Turn maaa... Nasib nasib..... mentimun punye nasib

Kelebihan Solat Rawatib


Brgsiapa yg mendirikan 12 rakaat solat rawatib akan dikurniakan sebuah istana di syurga nanti, sebuah bg setiap hari solat itu didirikan