Search This Blog

Sunday, February 5, 2012

Terbit Ilham

seringkali terbit ilham
ketika ditempat atau masa ygmana tak dapat
untuk aku mencatat

contohnya
ketika aku sedang menunggang motorsikal
menuju ke tempat kerja
atau
ketika aku sedang memandu kereta

namun biasanya ketika menungganglah
banyak ilham atau idea datang
kerana ketika itu aku dapat memandang
langit biru saujana mata memandang
alam luas ciptaan dan tanda kebesaran Allah swt

lazimnya
ketika menunggang saban pagi
aku iringi dengan bacaan 3 qul selain drp fatihah
sedikit zikir
sehingga aku sampai ke pejabat

alhamdulillah syukur
kepadaMu Ya Rabb