Search This Blog

Monday, January 30, 2012

Kuliah


Suasana kuliah maghrib di Surau Al Bararah Kg Cahaya Baru
ramai jugak yg hadir kan? rasa2nya lebih drp 300 orang (muslimin & muslimat)
bukan kuliah ustaz Azhar Idrus
cuma kuliah mingguan Ustaz Mat Esa Deraman (Tokku Pasir Gudang)

sebenarnya aku agak lewat
aku baru saja sampai drp kampung (Kluang)
kali ni terlewat sedikit
kerana ada hal yg perlu diselesaikan di Kluang
bertolak jam 4.45 sampai jam 7.10 ptg
lebuhraya jam, selepas hentian rehat Simpang Renggam
hingga sebelum susur keluar tol kulai
ingatkan ada kemalangan jalanraya
tapi tak ada apa2 pun
hairan...hairan...kenapa boleh jam
tak pasal2 sampai lewat (sepatutnya boleh sampai jam 6.30 - 6.45 ptg)

sampai jer rumah, terus mandi & solat asar (!)
terus keluar semula utk ke cahaya baru (kuliah)
solat maghrib kat masjid al munawarah, jalan ciku
kalau nak solat maghrib kat bararah tentu tak sempat

alhamdulillah syukur
dapat juga kuliah
ustaz kata minggu depan akan khatam kitab Nasaih Ibad
yg kami dah bertalaqqi sejak 2009 lagi tu

p/s - kalau balik kampung tentu miss 2 kuliah yg aku lazimi
iaitu maghrib di masjid jamik kg cahaya baru
dan subuh di surau al kauthsar taman rinting
jadi kena minimisekan jumlah kuliah yg akan miss


Saturday, January 28, 2012

balik kampung

"Meng, raya cina aku tak balik la. belum gaji. sabtu lepas raya cina aku balik boleh"tanyaku

"ah nasib baik kau call. aku pun dah lupa. boleh, boleh. raya cina pun aku ada banyak kereta"jawab ah meng

sabtu jam 5 pagi aku kejut satu rumah
ikut pegi kuliah subuh kat bararah kemudian terus bertolak ke kluang

lepas kuliah sarapan dulu kat rosni cafe
aku mihun plus mee goreng, mama roti tampal anak2 roti boom sorang satu

tengok paper, "eh susu murahlah kat tesco", getus mama

apa lg jom kita singgah tesco

tesco masih lengang, jam sekarang 8.30 pagi
beli susu, buku nota dan jajan utk dimakan dalam kereta nanti

ahh...rasa letih betul pulak pagi ni
belakang badan rasa sengal-sengal
mata pedih dan kelat
mengampiri susur keluar sedenak aku dah tak tahan
"ma, bawak kereta boleh"
tukar driver, aku cuba lelap
tapi tidur2 ayam je

sampai kat kluang akhirnya
alhamdulillah

Kereta

kereta aku
bila meter sampai 100km/j jer
rasa bergetar kat kaki
side mirror esp sebelah kiri bergoncang

aku ke kedai tayar yg aku biasa pergi
kedai tayar kim heng belakang petronas

ah leng si tokey aku ajak test kereta
"ini drive shaft rosak ni" ujar ah leng
"bila lepas minyak mana ada goyang" tambah ah leng
ye, aku pun dpt rasa
"aiya, bush pun rosak la. kena tukar ni" tambah ah leng
"berapa semua ni, mau bajet la"
"bush baik punya empat ratus lebih, drive shaft seratus lebih"

aku terkasima
"waaa..semua enam ratus lebih la yaa.."
"aaah" jawab si ah leng
"nanti saya hantar la kereta aa, hari ni saya ada hal la" aku berhelah

lepas turunkan ah leng aku call cikgu izin a.k.a ah meng
official pomen aku kat kluang
aku pun ceritalah apa yg baru aku lalui

"eh mahal tu, driveshaft tu takyah tukar, aku boleh buat. bush pun boleh dapat separuh harga" tegas ah meng
"ok kalau gitu aku nak booking kau...raya cina nanti boleh tak?"tanyaku
"ok takde hal"balas ah meng

setel

Sunday, January 22, 2012

Team yang aku support

aku minat juga tengok bola
main taklah pandai sangat
boleh la main gitu-gitu jer
masa sekolah Form 5 kat SMSJ kluang dulu
aku pernah form satu tem bola utk liga sekolah
nama team tu, Horsemen Bandit
pecahan drp team Horsemen drp Form 4

berbalik kepada tajuk
team yg aku support utk liga domestik tentulah team negeri kelahiran
Aku org Pasir Gudang, support Johor FC (dan Johor FA)
utk EPL aku support MU
citer pasal MU, aku start support sejak tahun 1982
masa tu sedang berlangsung world cup
tak ingat kat mana, bila aku cari kat google rupanya kat Spain
budak2 pun sibuk la main bola tepuk
ala manila kad ke, kotak ubat nyamuk ke atau yg seangkatan
budak2 potong empat segi tepat lalu dilipat dua
kemudian tulis nombor dan lukis kalau rajin lagi

masa tu kawan-kawan aku pilih team seperti brazil, england, itali dsb
aku pulak pilih MU
aku pun tak tau kenapa
mungkin masa tu kalau tgk dalam paper selalu keluar team MU kut

aku kenal pemain seperti Norman Whiteside
pengurus seperti Ron Atkinson

itulah cerita bagaimana aku support MU

berbalik kepada tajuk lagi sekali
kat la liga, aku pilih Barca
kat piala dunia pulak aku pilih Argentia, kecuali Malaysia layak ke final
aku tak pilih Argentina lagi dah masa tu

Minat bola

aku pun minat bola, EPL
tapi taklah sampai sanggup saja-saja berjaga malam
tapi malam ni tak boleh tidur pulak
agaknya siang tadi terlebih tidur

aku pun bukalah tv indon
saluran global TV ada live Arsenal vs MU
biasalah kita ni takde astro
nasib baik dapat siaran indon

tapi malam ni dah macam tgk vcd yg tersangkut-sangkut
bak kata orang potong stim betullah

Mahal

aku perhatikan
akhir-akhir ni harga ikan melambung sangat-sangat
dah la tak banyak ikan, yg ada pun dah tak berapa elok
tapi harganya, masyaAllah mahal betul

ikan kembung batu pernah sampai RM11 sekg
biasanya antara RM7-8 sekg
ikan kerisi RM1o skg dulu hanya RM8 shj
ikan selar hijau kini RM15 skg
ikan-ikan mahal seperti bawal, siakap, tenggiri, merah jgn cerita lah

tapi kalau kita perhatikan juga
para nelayan masih macam gitu juga
tak kaya-kaya

jadi bila hrga ikan naik
siapa yg sebenarnya kaya?
siapa yg mengaut keuntangan sebenarnya?

Friday, January 13, 2012

M.C.

selepas bertahun-tahun aku dpt MC
batuk2 dan sakit tekak

hantar anak mengaji aku pun ke klinik
kat klinik ada la 2-3 pesakit yg sdg tunggu giliran

tiba giliran aku, akupun masuklah ke bilik doktor
selepas saling sapa menyapa & mengucap salam
soalan standard doktor (puan doktor-biasa aku gi klinik ni doktornya lelaki tp hari ni doktornya perempuan la pulak!)
'sakit apa?' 'batuk, sakit tekak'
a'ada demam?' 'takde rasanya'

doktor lantas ambil alat pencatat suhu dan masukkan ke telinga aku
'maaf ye' kata doktor ketika memasukan alat ke telinga
boleh tahan sopan santun jugak doktor ni, friendly pun ye jugak
'emm takde demam'sambungnya

maka soal siasat doktor pun bermula kepada aku
sekali doktor tanya 'nak saya bagi rehat tak'
'mc la tu' getus hatiku
aku teragak-agak...nak ke tak nak...

doktor pun mula 'berkhutbah' betapa perlunya aku amik MC
akhirnya aku mengalah walaupun banyak kerja yg menunggu kat ofis tu..

aku sms kat cik isteri..."abg dpt mc sok'
cik isteri membalas ''yeay abg dpt MC..."
hehehehe