Search This Blog

Friday, April 29, 2011

5 peket RM10



Hari tu beli sebjik RM13. Dalam ada 4 ulas aje, kitaorang berlima.. Alahaiiii...(tapi isi baik la)

So, sebab tak puas makan hari tu hari ni beli lagi yang dah siap pack. peket RM10.

Haa nkau, makan la sampai puas. Sorang sepeket.

Isinya okay namun ada sikit-sikt yang keras, tapi boleh laaa....


Jiwa Kacau




mana la tak kacau

kalau dengar berita kurang enak

rasa macam nak menjerit adalah

rasa nak mencarut pun ada jugak (buat tambah dosa je)




sabar sabar sabar (nak sedapkan hati)

(nak tulis pun dah tak boleh lagi sebab betul-betul kacau)




Wednesday, April 27, 2011

Motor oh motor


hari ni bawa kereta pegi kerja, pagi tadi baru perasan motor pancit.




Spocket dah haus (gigi jarang & meruncing) = Ganti spocket: RM40 (siap rantai brand SSS), tayar depan bocor & botak = tukar tiub baru & tayar baru 70/90: RM40,


begitulah adatnya ye.

Tuesday, April 26, 2011

My lunch


Nasi, ikan bawal putih goreng, sayur lemak pucuk manis, sambal belacan. Sedap tp dah sejuk sikit.

Nasi, ikan & sambal belacan bawa drp rumah. belen semalam tak habis (sayang kalu dibuang oooo...)

Sayur beli kat kantin jer RM1. stemet (kata org dulu-dulu)

berselera jugak lebih2 lagi perut tgh kosong nih...!!

Penawar bg org yg ditimpa musibah












Kitalah antara org2 tersebut









Maka,

Dekatlah diri dengan Allah

Angkatkan tangan menadahkan doa

Mintalah keafiatan drpNya


Ingat!

Jangan berputus asa drp rahmatNya


Salah pengharapan













“Hasbunallah wa ni’mal wakil”
“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar” (QS Ali Imran: 173-174)



Salahnya kita krn mengharap dgn manusia, lalu kita lupa pdNya
mengharapkan manusia, mereka menindas kita
mereka mengabaikan kita dan menzalimi kita
Maka, berharaplah dengan Allah
InsyaAllah, Dia takkan menghampakan kita ataupun menzalimi kita
namun andaikata apa yg diharapkan tidak kita perolehi
Allah sahaja maha mengetahui
Mungkin Dia ada perancangan yg lebih baik bagi kita


Friday, April 22, 2011

Maghrib 22.4.2011 Surau Al Husna Seri Alam


Kuliah Maghrib Di Surau Al Husna Seri Alam (setiap hari Jumaat malam Khamis)

Kitab - Pelembut Hati karangan Dr. Aidh Abdullah Al Qarni (pengarang buku 'best seller' "La Tahzan)

Disyarah oleh guru kami Al Fadhil Ustaz Md Esa Bin Deraman

point-point drp kitab ini akan diupdate kemudian, insyaAllah

Perihal Kiamat

Aku terima kiriman emel yg bertajuk “Gambaran Di hari Qiamat Untuk Ingatan “ daripada rakan sepejabat. Menarik. Bukannya aku tak pernah terima emel sebegini, malah sudah beberapa kali aku menerimanya dan dalam pelbagai versi atau gaya penceritaan.

Bagi aku, untuk memahami hal berkenaan hari kiamat dan seumpamanya, sebaiknya kita selusuri dan menghayati hadis-hadis Fittan (hadis tentang akhir zaman). Banyak sungguh hadis soheh mengenai akhir zaman ini. Dan sebaiknya juga mengajilah hadis Fittan ini daripada guru (ustaz atau ulama) yang mursyid (yang dipercayai ilmunya). Jika kita belajar sendiri samada daripada buku atau kitab, internet (Ustaz Google?) atau dengar-dengar cakap daripada kawan-kawan dibimbangi kita akan terkeliru dan lebih malang lagi kita berkemungkinan untuk tersasar daripada landasan iman dan aqidah.

Lebih penting lagi, apakah kesannya (mesej-mesej ini) kepada kita? Bagaimana kita menerima perkhabaran ini? Apakah persediaan kita? Cukupkan amalan-amalan kita yang nanti akan menjadi bekalan kepada kita di mahsyar kelak?
Fikir-fikrkan, adakah dengan amalan kita selama ini kita layak menjadi ahli syurga?
Fikir-fikirkan lagi, adakah kita mempunyai cirri-ciri sebagai ahli syurga?
Fikir-fikirkan lah..
Dan untuk semua; aku titipkan kiriman sang sahabat seperti di bawah.




Gambaran Di hari Qiamat Untuk Ingatan
Berikut gambarannya :
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kita ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Wallahualam.

Syarat

Syarat seseorang itu wajib solat ialah

1. Islam

2. Baligh

3. Berakal

**Kalau kita dah Islam dan Baligh tapi masih taknak solat, pastikan kita tidak berakal supaya diuzurkan. (Naudzubillahimdzalik).

{dicatat oleh Sdr Mat Hasnin Daud di FB Darul hikmah}

Thursday, April 21, 2011

Jawatan kosong


Diperlukan segera. Kelayakan... Gaji RMxxx...


p/s - saja jer melawak dgn Puan AJ kita (incumbent for the post at the moment hahahaa) yg dah upgrade 'office'nya (port baeeekkk punya)

Tuesday, April 19, 2011

Dasar apa ni?


Tanda jalan di SDE. Susah la mcm ni...


Aku nak kata aje 'Dasar kapitalis!!'





Sapa-sapa yang nak balik Cahaya Baru x bleh U Turn maaa... Nasib nasib..... mentimun punye nasib

Kelebihan Solat Rawatib


Brgsiapa yg mendirikan 12 rakaat solat rawatib akan dikurniakan sebuah istana di syurga nanti, sebuah bg setiap hari solat itu didirikan

Monday, April 18, 2011

Kakiku part 2


Selepas sebulan.


alhamdulillah dah sembuh


cerita pun x habis lagi


hari tu 12.4.2011 nak 'kena' lagi


kat belakang Kip Mart baru


semasa lepas balik dari Surau Al Husna


panjang ceritanya


apa apa pun syukur kpd Allah semuanya selamat

Maghrib 17.4.2011


Di Bararah, dan semalam pula di Cahaya Baru.

Friday, April 15, 2011

Subuh 16.4.2011


Kenapa mereka menang?

Malam semalam (14.24.2011) selepas hantar anak-anak gi mengaji macam biasa aku drive ke Bararah.

BiasaNYA bila drive, aku buka radio IKIMfm. Sedang bersiaran rancangan Motivasi Pagi oleh Ustaz Badlishah. Antara yg dapat aku ‘tangkap’ ialah dia menceritakan begini:

‘Satu ketiaka dizaman Khalifah Umar RA ,tentera Islam sedang mengepung musuh di satu kota dalam satu peperangan (aku tak ingat perang apa). Biasanya pihak musuh akan menyerah kalah selepas 2 minggu dikepung, tetapi kali ini musuh masih bertahan walaupun selepas sebulan dikepung.

Lalu khalifah Umar pun telah pergi ke medan perang untuk meninjau keadaan dan telah menyertai pasukan tentera muslim selama 3 hari.

Selepas 3 hari, khalifah Umar pun membuat rumusan kenapa musuh masih boleh bertahan dan tidak dapat ditewaskan sepertimana biasa.

Lalu 3 perkara itu dinyatakan kepada tentera-tentera muslim.

1. Kerana tentera muslim tidak suka mengosok gigi (bersugi) – bersugi adalah amalan yg sangat disukai Nabi saw. Diriwayatkan bahawa perkara yang pertama Nabi saw buat apabila balik ke rumah ialah bersugi {hinggakan ada hadis yg mengata lebih kurang begini; Sekiranya bersugi itu sesuatu yang tidak akan memberatkan umatku, tentu akan aku memfardukannya keatas umatku)

2. Saf solat kamu yang bengkang bengkok

3. Sof solat kamu yang jarang-jarang – sesungguhnya saf solat melambangkan perpaduan umat, maka jagalah saf solat
Aku tak menghabiskan apa yg aku dengar kerana aku dah sampaipun di Bararah ketika itu.


Nota:
Kejayaan musuh bukanlah kerana mereka kuat, tetapi kerana kita yg lemah

Kuliah di Surau Al Bararah 14.3.2011


(Ustaz Nizamuddin Omar sedang memberikan kuliah tafsir Al Quran, Surah Ali Imran ayat 194-200)

Aku sampai agak lewat, kira-kira jam 7.54 malam.

Antara point yg aku dapati drp ustaz ialah kehebatan muslimah. Tahukah kita bahawa golongan Muslimah ialah antara yg PERTAMA sekali:

1. memeluk Islam iaitu Ummul Mukminin, Syaidatina Khadiajah. Beliau adalah orang yg pertama sekali menyahut seruan dakwah Nabi SAW dan orang pertama memeluk Islam.

2. gugur syahid-iaitu Sumayyah daripada keluarga Yasir (iaitu ibu kepada Ammar bin Yasir). Menurut sirah, keluarga Yasir ialah antara yg awal memeluk Islam lantas diseka oleh kaum musyrikin lalu gugur syahid dalam mempertahankan aqidah mereka.

3. berhijrah-hijrah yg awal sebelum ke Yathrib (Madinah) ialah ke Habsyah. Antara yg menyertai rombongan hijrah ini ialah Ummu Habibah.



Nota:


dicatat setakat mana yang aku ingati dan drp catatan, mungkin ada fakta yg kurang tepat. harap dapat diperbetulkan sekiranya dpt mengesan sebarang kesilapan dan dimohon ampun dan maaf.

Thursday, April 14, 2011

Belajar Ilmu Ikhlas

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"




Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."




Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.




"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.




Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.




"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.




Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.


www.iluvislam.com
Oleh: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Editor:NuurZaffan

Aktiviti Malam Minggu




Biasanya malam minggu diluangkan dengan membawa isteri & anak-anak ke Masjid Jamek Felda Cahaya Baru.

Kami mengikut kuliah maghrib oleh Al Fadhil Ustaz Md Esa Deraman (gambar di atas ialah Ustaz sedang menyampaikan kuliah di Masjid Felda Cahaya Baru).

Di sana, ustaz menyampaikan kuliah dengan mensyarahkan kitab Nashaihul Ibad (Pesanan-pesanan buat Calon Penghuni Syurga) karangan Imam Nawawi Al Bentani.

Ustaz Md Esa juga mengajar di masjid dan surau yang lain. Maklumat lanjut kuliah-kuliah ustaz Md Esa boleh dirujuk kepada entry sebelum ini.

Setiap kuliah Ustaz tidak kira tempat dan masa akan dihadiri ramai jemaah. Kuliah Maghrib di Masjid Cahaya Baru saja dianggarkan dihadiri oleh lebih kurang 300 orang (lelaki dan wanita).

Wednesday, April 13, 2011

Kuliah-kuliah Agama Di Pasir Gudang & Sekitarnya

ISNIN -
Ust Roslan - Surau Al Husna Seri Alam (M), Ust Ismail Ali - Surau Al Kauthsar Tmn Rinting (M), Ust Nizamuddin Omar -Surau Al Hidayah Jln Tasek Seri Alam (M), Ust Anuar - Masjid An Nur Megah Ria (M), Ust Nasir - Surau Ab Rahman Auf Tmn Scientex (M), Ust Md Long - Masjid Perjiranan 9 P.Gudang (M), Ust Md Esa - Surau Beringin Tmn Rinting (M)

SELASA -
Ust Ismail Ali - Masjid Jamek Pasir Gudang (M), Ust Md Zaime - Masjid An Nur Megah Ria (M), Ust Anuar Al Jabali - Surau Beringin Taman Rinting (M), Ust Zulrahim - Masjid Jamek Felda Cahaya Baru (M), Ust Ustazi - Masjid Al Hidayah Seri Alam (M), Ust Abd Rahman - Surau Al Husna Seri Alam (M), Ust Roslan - Masjid Tmn Cendana (M), Ust Md Long -Masjid Munawarah Jln Ciku Kota Masai (M), Ust Md Long - Surau Jln Duku Kota Masai (I), Ustaz Nasir - Surau Kg Plentong Baru (M), Ust Wan Mansor - Surau TNB Pasir Gudang (M)

RABU -
Ust Nizamuddin Omar -Surau Al Husna Seri Alam (M), Ust Zulrahim-Surau An Nur Cahaya Masai (M), Ust Nasir - Masjid Ansar Permas Jaya (M), Ust Zaiemi-Surau Beringin Taman Rinting (M), Ust Roslan-Masjid Hjh Maznah Kota Puteri (M), Ust Md Long - Masjid An Nur Megah Ria (M), Ust Ismail Ali - Masjid Tmn Pasir Putih Pgudang (M), Ust Wan Mansor - Masjid Taqwa Jln Nenas Kota Masai (M)

KHAMIS -
Ust Dr Arif - Surau Al Husna SeriAlam (M), Ust Md Esa - Surau Al Kauthsar Tmn Rinting (M), Ust Md Esa - Masjid Jamek Pasir Gudang (I){1}, Ust Roslan - Surau Abd Rahman Auf Tmn Scientex (M), *Ust Nizamuddin - Surau Al Bararah Felda Cahaya Baru (M) {2}, Ust Md Long -Masjid Munawarah Jln Ciku Kota Masai (M), Ust Nazri - Masjid An Nur Megah Ria (I)

JUMAAT -
Ust Md Esa - Surau Al Bararah Felda Cahaya Baru (S), *Ust MD Esa - Surau Al Husna Seri Alam (M){3}, Ust Nizamuddin Omar -Masjid Tmn Air Biru (M), Ust Zulrahim-Masjid Kong Kong (M), Ust Ustazi - Masjid An Nur Megah Ria (M), Ust Syakur - Masjid An Nur Megah Ria (I), Ust Roslan - Masjid Al Mujahirin Masai (M), Ust Nasir - Surau Desa Harmoni Tmn Saujana (M), Ust Md Long - Masjid Jamek Felda Cahaya Baru (M), Ust Imam Zaini - Masjid Taqwa Jln Nenas Kota Masai (M)

SABTU -
*Ust Md Esa - Surau Al Bararah Felda Cahaya Baru (S){4}, *Ust MD Esa - Masjid Jamek Felda Cahaya Baru (M){5}, Ust Hanapiah - Masjid An Nur Megah Ria (S), Ust Roslan - Masjid Tmn Air Biru Pgudang (M), Ust Nasir - Suarau As Syakirin Permas Jaya (M), Ust Ghair - Surau Beringin Taman Rinting (M), Ust Ismail Ali - Masjid Taman Cendana (M)

AHAD -
*Ust Md Esa - Surau Al Kauthsar Tmn Rinting (S){6}, Ust Md Esa - Surau Al Husna Seri Alam (D/9am), *Ust Md Esa - Surau Al Bararah Felda Cahaya Baru (M{7}), Ust Md Long - Masjid Perjiranan 9 Pgudang (S), Ust Md Long - Surau Al Hafiz Tmn Bkt Dahlia (D/9am) & (I), Ust Md Long- Masjid Taqwa Jln Nenas Kota Masai (M), Ust Zulrahim - Masjid An Nur Megah Ria (S), Ust Rahim Sahlan - Masjid An Nur Megah Ria (M), Ust Syakur - Masjid An Nur Megah Ria (I), Ust Ismail Ali - Masjid Tmn Pasir Putih Pgudang (S), Ust Ismail Ali - Masjid Tmn Air Biru Pgudang (M), Ust Roslan - Masjid Tmn Pasir Putih Pgudang (M), Ust Nasir - Masjid Jamek Plentong (M)

RUJUKAN:
{1} kitab ‘Kiamat Kecil Kiamat Besar’
{2} Tafsir Al Quran
{3} Kitab ‘Pelembut Hati’ – Dr. Aidh Abdullah Al Qarni
{4} Kitab ‘Cahaya Pencinta Ilmu’
{5} {7} Kitab ‘Nasaihul Ibad-Pesan Untuk Calon Penghuni Syurga’-Sheikh Nawawi al Bentani
{6} Kitab ‘Fathur Rabbani Wal Faidur Rahmani-Kurnia Ilahi Limpahan Rahmani’-Sheikh Abd Qadir Jailani

Nota:
Info kuliah diperolehi drp Akhi Jafry (Studio Mukmin) yg saban hari menghebahkan jadual kuliah harian melalui SMS. Jazakallah khair, semua usaha anda mendapat imbalan sewajarnya drp Allah swt.

Monday, April 11, 2011

Sukan dan TV di Malaysia


  • Semalam berlangsung F1 GP Malaysia di Litar SIC Sepang. aku buka TV nak tengok kalau-kalau ada siaran langsung (atau tertunda) hampeh. kenapa tak ada haa....


  • yg akau tau TV indon (Saluran Global TV ada live telecast-itupun aku tak sempat tengok sebab aku otw back drp rumah mak mertua) Nak harapkan TV tempatan(TV1, TV2. TV3, NTV7, 8TV, TV9) hampeh. Astro je live telecast sport. Aku mana ada Astro!!!!


  • 'Ahhh teruk' betul la sekarang. EPL tak ada, F1 tak ada, MotoGP tak ada. Bola liga super pun x ada x silap aku. Apa yg ada?? Mentor. American Idol. Nanyi-nanyi, drama-drama adalah. Kalau macam ni macamana sukan di Malaysia nak maju. Kenapa?yg aku pelik tu, kat berita TV pun tak ada berita sukan ttg F1 ke, MotoGP ke, EPL dan sebagainya. Kalau hiburan tu anytime, 24jam, bila-bila masa boleh. apesal teruk sangat niii....pelik lagi, rancangan scoreboard pukul 12.30 malam. apesal? rancangan ni x blh jual keee??


  • Astro tu berapa persen jer daripada jumlah penduduk Malaysia ni yg melanggannya?? JADI, berapa ramai yg menontonnya. Budak-budak yg minat sukan tak dapat tengok siaran sukan, tak dapat nak ber'mimpi' jadi jaguh sukan macam aku dulu-dulu (walaupun aku tak jadi ahli sukan sekurang-sukrangnya aku mengimpikan (dream) untuk jadi ahli sukan dan aku percaya ramai ahli sukan yg berjaya sekarang ni bermula dgn mimpi atau impian).



  • Aku ingat dulu-dulu aku tengok di kaca TV acara2 sukan seperti Big League Soccer (Liga Inggeris), aksi perlumbaan motor 500cc (Mike Doohan, Kevin Schwantz, Wayne Rainey, Wayne Gardner dan sebagainya), NBA basketball (aku minat LA Laker yg ada pemain seperti Magic Johnson). Aku ingat tengok Piala Malysia, Pestabola Merdeka dengan abah dan adik-adik di rumah. Agak-agaknya sekarang ni kalau rumah takde Astro cam aku jangan harap la. Nak tengok gi kedai Mamak.


  • Tapi kira aku nasib baik la. Duduk kat Pasir Gudang ni dapat siaran TV indon. TV indon ada menayangkan EPL di saluran Global TV dan MNCTV. Untuk pengetahuan korang, kat rumah aku dapat juga siaran TV singapura. TV Malayisa - TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9 - jumlah 6 TV Singapura - Ch5, Suria, Okto, Ch8, Ch U, - jumlah 5 TV Indon - SCTV, RCTI, Global TV, MNCTV. TransTV, TVRI dan banyak lagi -sekurang2nya 7 saluran.


  • bayangkanla....