Search This Blog

Tuesday, March 29, 2011

Perihal Uban



    membelek-belek cermin, banyaknya uban di kepala aku nie... lalu aku teringat satu kisah.....



    *******************************************************




    Diriwayatkan bahawa malaikat maut datang bertemu Nabi Yaakub a.s. Maka Nabi Yaakub bertanya: "Wahai malaikat maut apakah kamu datang kepadaku kerana ingin mencabut nyawa atau menziarahiku? Jawabnya: Untuk menziarahmu sahaja. Berkata Nabi Yaakub: Aku ada satu permintaan darimu. Bertanya malaikat maut: Apakah permintaanmu? Jawab Nabi Yaakub: Jika kamu datang untuk mencabut nyawaku maka hantarkanlah dahulu utusan untuk memaklumkanku terlebih dahulu. Kata malaikat maut: Ya! Kemudian malaikat maut pun pergi. Setelah beberapa tahun malaikat maut datang kembali kepada Nabi Yaakub. Lalu Nabi Yaakub bertanya: Kamu datang untuk menziarah atau mencabut nyawaku? Kata malaikat maut: Aku datang untuk mencabut nyawamu. Lalu kata Nabi Yaakub: Bukankah aku telah katakan jika kamu ingin mencabut nyawaku hantarkan dahulu seorang utusan supaya dapat aku bersedia menambah ketaatan dan amal kebaikan. Jawab malaikat maut: Aku telah lakukannya. Kata Nabi Yaakub: Tiadapun utusan yang sampai kepadaku. Jawab malaikat maut: Sesungguhnya aku telah mengutuskan dua utusan iaitu uban di kepalamu dan belakangmu yang bongkok".


    *******************************************************




    degan banyaknya uban kat kepala aku ni,


    maksudnya dah banyak peringatan yg sampai kepada aku


    juga bermaksud dah tak lama masa aku


    agak-agak berapa lama lagi masa aku ada ya???



    Saturday, March 26, 2011

    Emm Mat Kool split



    Muhammad Umar - dia saja 2 batang seorang.

    Makan-makan



    Di Restoran Two City Seafood, dgn Aril (TQ krn belanja hehea), makwenya, Mak, Abah, Mak Limah.



    Friday, March 25, 2011

    Kuliah bulanan-Mac 2011

    Ustaz Nizamuddin sedang memberikan tazkirah yang bertajuk ' Bekerja Tanpa Melalaikan Tuntutan Agama'.


    Terima kasih ustaz tazkirah yang mantap. Tazkirah bermula jam 8.30 am dan berakhir pada jam 10.00 pagi. selanjutnya kami menjamu selera dengan nasi Ambeng.


    Antara ilmu yang dapat dikutip drp ustaz;




    1. antara sebab kebahagiaan sesorang di dunia ialah hati yg sentiasa bersyukur




    2. erti kesyukuran ialah (a) rasa yakin bhw Allah itu maha pemberi (b) teruskan @ membanyakkan puji-pujian kepada Allah (c) mengucapkan terima kasih kpd orang yang mana dgnnya kita mendapat jalan kebaikan/rezeki daripada Allah (d) menggunakan setiap nikmat yg diterima itu utk mendekatkan diri dgn Allah (e) menceritakan nikmat yg telah diterima namun bukan utk bermegah tetapi utk menjadi teladan dan panduan orang lain


    3. kita takkan 'kaya' tanpa syukur


    4. syukur lawannya kufur


    5. 'Ilmu itu cahaya, jahil itu bahaya' - usahakan untuk meluangkan masa dengan menghadiri majlis ilmu di surau-surau dan masjid.


    6. setiap langkah ke masjid (utk berjemaah atau menuntut ilmu) akan menjadi sebab utk (a) mendapat pahala (b) pengampunan dosa (c) diangkat darjat di sisi Allah


    7. Cukuplah kematian itu sebagai peringatan


    8. hebatkan hubungan kamu dgn Allah, perbaikan hubungan kamu sesama manusia


    9. perbanyakkan Istighfar kpd Allah (wajib krn kita berbuat dosa setiap hari kpd Allah) juga utk mendapatkan rezeki


    10. 3 ketakutan di akhirat (i) ketika berterbangannya buku amalan sedang kita tak tahu samada kita menerima dgn tangan kanan (baik) atau tangan kiri (buruk) (ii) ketika di hisab


    11. tak penting di mana kita bermula, yg penting ialah dimana kita akan berakhir


    12. agama umpama kuda; dunia umpama kereta kuda. jika agam didepan, dunia akan mengikuti. jika dunia di depan, agama takkan kemana-mana.

    Thursday, March 24, 2011

    Apakah persamaan mereka??

    1. Syaidina Umar Al Khattab
    2. Khalifah Umar Abdul Aziz
    3. Izzuddin Bin Abdissalam
    4. Sultan Muhammad Al Fateh


    a. Mereka adalah pemimpin pada zaman mereka (khalifah, panglima perang, sultan)
    b. Mereka adalah ulama
    c. Mereka faqih (arif bab hukum-hakam dan ilmu fiqh) dan boleh memberikan ijtihad (Izzuddin b Abdis Salam contohnya adalah ketua ulama pada zamannya)
    d. Mereka hafaz al Quran (contahnya Sultan Muhammad Al Fateh telah mengafaz al Quran sejak kecil lagi)
    e. Mereka adalah panglima perang (mereka memimpin angkatan tentera Muslimin ketika menentang musuh cthnya Sultan Muhammad Al Fateh telah Berjaya membuka Kota Konstantiniople)

    Dan paling utama:

    Semasa pemerintahan mereka, Islam berada di kemuncak dunia

    Fikir

    Untuk Islam kembali berada di kemuncak, kita memerlukan pemimpin seperti mereka

    p/s

    marilah kita membaca kisah-kisah tentang tokoh yang disebutkan di atas.

    Wednesday, March 23, 2011

    Kongsi - Nota Talaqqi Kitab Ruh (Ibn Qayyim)


















    Berikut adalah sebahagian daripada catatan yg dah aku buat.


    Kitab Ruh setebal lebih 550 halaman ini telah kami khatam pada 11 Julai 2009. Kami telah menadah kitab ini (talaqqi) kitab ini dengan guru al Fahdil Ustaz Md Esa Deraman selama lebih 2 tahun melalui kuliah maghrib setiap malam Ahad di masjid Jamik Kg Cahaya Baru dan setiap malam Ahad di Surau Al Bararah di peringkat 2 Kg Cahaya Baru.

    Tuesday, March 22, 2011

    Hari ni Birthday Mak


    kata wife aku hari ni birthday emak
    dia cakap kemarin lagi
    so, malam tadi aku telepon la emak
    dia sesorang je kat rumah

    abah, kat surau belum balik lagi
    aku wish mak
    anak-anak pun wish & berbual dgn mak
    wife pun sembang dgn mak

    suara yang tadi lemah,
    aku tak boleh trace sayu/sebak ke
    happy ke, ceria ke
    apa la aku ni

    takpe mak
    sabtu ni aku anak beranak balik kampung
    dah lebih sebulan tak balik nie
    last sekali masa raya cina ari tu

    bukan apa
    saja jer
    balik selalu kang orang jemu lak heheheee

    aku ni kira orang dekat la jugak
    bak kata pepatah
    kalau dekat bau tahi
    bila jauh bau wangi
    betul ker??

    Perihal Bapa (kiriman drp sahabat)


    aku dapat e-mel drp sahabat hari ni moh le kita tengok apa yg di fwdkan kpd aku ----------------------------------------------


    Salam kepada semua,


    System kat ofis aku down - 2.30am and aku still kat ofis. Sementara tunggu system up balik, aku nak share something interesting happened to me last nite kat ofis. Semalam, aku stay back macam biasa utk habiskan keje. Tgh duk lepak-lepak benti rehat sekejap, datang sorang pak gad nih. Indian age dalam 50+ tapi still kuat coz dia dulu secret service utk kerajaan Sarawak. Bodyguard aa kira. Dia pon maybe tgh boring coz kitorg dorang je yg ada kat floor nih. Dia dtg borak - and aku layan la macam biasa. Then suddenly dia tanya gaji aku. (uikss.. apsal lak nih?) Then aku cakap la, adala sikit-sikit lepas utk diri sendri and family. (takut gak dia nak pow ke or mintak duit ker...) Then dia tanya, ada bagi kat mak aku dak.. aku kata la ada... bapak? (aku diam kejap coz aku mmg tak kasik kat bapak aku - aku only kasik kat mak aku and assuming dia sbg finance minister akan distribute la duit-duit tu ke mana-mana channel yg sepatutnya). Then dia tanya lagik. Aku pon slowwwwwwww jer jawab... tak. Dia pon cakap kenapa tak and aku pon explain la why. Then dia cerita, "u tau ka, bila u kasik sama u punya bapak, dia punya rasa lain u tau ka... Saya sbg bapak aaa, bila anak kasik saya wang aaaa, saya rasa satu macam punya lain." aku pon dengar jer la... then mata dia berair... Dia kata bila anak dia kasik duit dekat dia, "I felt like im flying in the sky!" Masa dia cerita tu, siap dia cakap "sekarang saya cerita pon aaaa, bulu roma saya sudah naik, rasa satu macam laaa..." Aku pon teros tingat kat bapak aku. Tho dia masih ada and still makan duit pencen, aku terpikir yg aku tak penah kasik duit direk kat dia. Dan tiba-tiba aku pon sebak rasa macam nak nangis bila teringat kat bapak aku. Dulu masa dia kerja, dia selalu kasik duit kat aku masa aku belajar. Skang aku dah keje dan dia tak, kenapa laaaa aku tak hulur sikit kat dia. Aku rasa yg aku dah bagi kat family cukup - tapi tidak! Gad tu tgk kat mata aku and cakap "u kasik u punya mak, lain cerita. tapi kalau u kasik u punya bapak wang aaa.. dia misti rasa happy. Saya mula dapat wang dari anak aaa, walaupun saya ada gaji aaa.. saya nangis. Nangis gembira u tau! Itu malam saya tableh tido. U ada wang, u kasik la sama u punya bapak direk. Nanti u tgk apa dia rasa. Tada-tada wang, 50 suda cukup." Malam tu aku sedih, dan gembira. Sedih sbb tingat kan kesilapan aku dan gembira sbb aku dapat dua pengajaran dekat sinih. Yg pertama, walau siapa pon kita, dengarlah nasihat org-org di "bawah" kita. Kadang-kala, nasihat itu menjadi suatu yang amat berguna. Dan yang kedua, sayangilah bapa anda. Hulurkanlah sedikit wang hasil penat lelah kita itu. Tak dapat banyak, sedikit pon tidak mengapa. Kepada yang masih mempunyai bapa, sayangilah mereka sepenohnya. Peluk erat dan berikan satu senyuman istimewa buatnya. Kepada yang tiada, hadiahkanlah bacaan al-fatihah serta panjatkanlah doa semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para mukminin.


    ------------------------------------------------------------------------

    aku pun dah lebih sebulan tak balik kampung

    ingatkan cuti sekolah kemarin nak balik tapi ada 'hal' la pulak

    mak pun dah telepon sorry mak....

    aku tunda lagi seminggu je lepas gaji nanti aku balik l

    agipun aku dah buat appoinment dgn ameng (pomen aku) sekali jalan la


    pasal duit, biasanya aku bagi kat abah

    tak byk, sikit jer

    itu jer yg termampu

    sori mak, sori abah


    ralat gak tak dapat tolong banyak

    yg boleh aku buat

    hanya doakan kebahagiaan kamu berdua

    insyaAllah aku akan membantu seberapa terdaya

    harap mak & abah tak kecik ati yer....

    Monday, March 21, 2011

    KEJAYAAN SEBENAR

    adapun kejayaan yang sebenar itu ialah apabila berjaya memasuki syurga.

    kejayaan bukan sepertimana penilaian kita

    berjaya dengan pangkat, harta, kedudukan, anak pinak

    begitu juga dengan harta

    harta milikmu ialah harta yang kamu kedepankan

    iaitu harta yang kamu belanjakan iaitu pada jalan Allah

    samada kamu sedekahkan, kamu infaqkan, atau kamu gunakan untuk mencapai tujuan agama (belajar, menuntut ilmu dsb)

    manakala harta yang kamu himpunkan bukanlah milikmu

    sebaliknya ia adalah harta milik warismu

    Thursday, March 17, 2011

    Zuhur

    @ masjid india di Jalan Wong Ah Fook JB



    setelah 1/2 hari bawak anak-anak jalan-jalan di zoo johor.

    tak sedar dah masuk waktu zuhur

    kami sedang makan tegahari ketika azan

    makan nasi lemak aje

    yang kami sedia bawak dari rumah


    keluar daripada zoo sekitar 1.45 petang

    selepas ni bercadang hendak ke pejabat kwsp

    maka kami menuju ke JB

    oleh kerana kami belum solat zuhur

    maka kami singgah ke masjid ini di Jalan Wong Ah Fook

    saya tak tau apa namanya

    jadi saya gelarkannya Masjid India

    yeye aje...

    Tuesday, March 15, 2011

    Asal Usul ~ tempat jatuh lagi dikenang.....




    Asalku - aku tak dilahirkan disini tapi inilah tempat aku dibesarkan....

    Syukur Ya Rabb...........


    Kakiku


    Nak byr saman kunun .
    Kisahnya....
    Hari terakhir pembayaran saman secara 'mega' (28 Feb 2010 la tuuu...)
    Aku ada satu saman tahun 2005
    RM70 aje
    tapi kalau dah dapat diskaun 50%, okay la jugak
    lepas duit minyak kereta, minyak motor, duit pasar 2-3 hari
    minta 'ijin' kepala pejabat, 'nak kuar bayar saman'
    jawaban; OK
    bergegas la aku ke pejabat pos terdekat (Pasir Gudang lah...)
    amboi....ramainya umat manusia
    try tempat lain laa
    mana tau tak ramai orang
    destinasi : Masai
    start Wave100 aku
    aku tunggang secara santai
    kereta berderet (jam = macet)
    aku cilok kiri je
    macam biasa
    alah jalan Masai ni tiap minggu aku lalu
    tetiba sebijik kereta sudah belok kiri
    ada parking kosong
    sedang aku betul-betul di sebelah kirinya
    'bang!!!!....'
    aku tekan brek kuat-kuat
    nasib baik tak masuk longkang
    sambung nanti laaa...