Search This Blog

Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Perihal Uban



    membelek-belek cermin, banyaknya uban di kepala aku nie... lalu aku teringat satu kisah.....



    *******************************************************




    Diriwayatkan bahawa malaikat maut datang bertemu Nabi Yaakub a.s. Maka Nabi Yaakub bertanya: "Wahai malaikat maut apakah kamu datang kepadaku kerana ingin mencabut nyawa atau menziarahiku? Jawabnya: Untuk menziarahmu sahaja. Berkata Nabi Yaakub: Aku ada satu permintaan darimu. Bertanya malaikat maut: Apakah permintaanmu? Jawab Nabi Yaakub: Jika kamu datang untuk mencabut nyawaku maka hantarkanlah dahulu utusan untuk memaklumkanku terlebih dahulu. Kata malaikat maut: Ya! Kemudian malaikat maut pun pergi. Setelah beberapa tahun malaikat maut datang kembali kepada Nabi Yaakub. Lalu Nabi Yaakub bertanya: Kamu datang untuk menziarah atau mencabut nyawaku? Kata malaikat maut: Aku datang untuk mencabut nyawamu. Lalu kata Nabi Yaakub: Bukankah aku telah katakan jika kamu ingin mencabut nyawaku hantarkan dahulu seorang utusan supaya dapat aku bersedia menambah ketaatan dan amal kebaikan. Jawab malaikat maut: Aku telah lakukannya. Kata Nabi Yaakub: Tiadapun utusan yang sampai kepadaku. Jawab malaikat maut: Sesungguhnya aku telah mengutuskan dua utusan iaitu uban di kepalamu dan belakangmu yang bongkok".


    *******************************************************




    degan banyaknya uban kat kepala aku ni,


    maksudnya dah banyak peringatan yg sampai kepada aku


    juga bermaksud dah tak lama masa aku


    agak-agak berapa lama lagi masa aku ada ya???



    Monday, March 21, 2011

    KEJAYAAN SEBENAR

    adapun kejayaan yang sebenar itu ialah apabila berjaya memasuki syurga.

    kejayaan bukan sepertimana penilaian kita

    berjaya dengan pangkat, harta, kedudukan, anak pinak

    begitu juga dengan harta

    harta milikmu ialah harta yang kamu kedepankan

    iaitu harta yang kamu belanjakan iaitu pada jalan Allah

    samada kamu sedekahkan, kamu infaqkan, atau kamu gunakan untuk mencapai tujuan agama (belajar, menuntut ilmu dsb)

    manakala harta yang kamu himpunkan bukanlah milikmu

    sebaliknya ia adalah harta milik warismu