Search This Blog

Friday, April 15, 2011

Kenapa mereka menang?

Malam semalam (14.24.2011) selepas hantar anak-anak gi mengaji macam biasa aku drive ke Bararah.

BiasaNYA bila drive, aku buka radio IKIMfm. Sedang bersiaran rancangan Motivasi Pagi oleh Ustaz Badlishah. Antara yg dapat aku ‘tangkap’ ialah dia menceritakan begini:

‘Satu ketiaka dizaman Khalifah Umar RA ,tentera Islam sedang mengepung musuh di satu kota dalam satu peperangan (aku tak ingat perang apa). Biasanya pihak musuh akan menyerah kalah selepas 2 minggu dikepung, tetapi kali ini musuh masih bertahan walaupun selepas sebulan dikepung.

Lalu khalifah Umar pun telah pergi ke medan perang untuk meninjau keadaan dan telah menyertai pasukan tentera muslim selama 3 hari.

Selepas 3 hari, khalifah Umar pun membuat rumusan kenapa musuh masih boleh bertahan dan tidak dapat ditewaskan sepertimana biasa.

Lalu 3 perkara itu dinyatakan kepada tentera-tentera muslim.

1. Kerana tentera muslim tidak suka mengosok gigi (bersugi) – bersugi adalah amalan yg sangat disukai Nabi saw. Diriwayatkan bahawa perkara yang pertama Nabi saw buat apabila balik ke rumah ialah bersugi {hinggakan ada hadis yg mengata lebih kurang begini; Sekiranya bersugi itu sesuatu yang tidak akan memberatkan umatku, tentu akan aku memfardukannya keatas umatku)

2. Saf solat kamu yang bengkang bengkok

3. Sof solat kamu yang jarang-jarang – sesungguhnya saf solat melambangkan perpaduan umat, maka jagalah saf solat
Aku tak menghabiskan apa yg aku dengar kerana aku dah sampaipun di Bararah ketika itu.


Nota:
Kejayaan musuh bukanlah kerana mereka kuat, tetapi kerana kita yg lemah

Kuliah di Surau Al Bararah 14.3.2011


(Ustaz Nizamuddin Omar sedang memberikan kuliah tafsir Al Quran, Surah Ali Imran ayat 194-200)

Aku sampai agak lewat, kira-kira jam 7.54 malam.

Antara point yg aku dapati drp ustaz ialah kehebatan muslimah. Tahukah kita bahawa golongan Muslimah ialah antara yg PERTAMA sekali:

1. memeluk Islam iaitu Ummul Mukminin, Syaidatina Khadiajah. Beliau adalah orang yg pertama sekali menyahut seruan dakwah Nabi SAW dan orang pertama memeluk Islam.

2. gugur syahid-iaitu Sumayyah daripada keluarga Yasir (iaitu ibu kepada Ammar bin Yasir). Menurut sirah, keluarga Yasir ialah antara yg awal memeluk Islam lantas diseka oleh kaum musyrikin lalu gugur syahid dalam mempertahankan aqidah mereka.

3. berhijrah-hijrah yg awal sebelum ke Yathrib (Madinah) ialah ke Habsyah. Antara yg menyertai rombongan hijrah ini ialah Ummu Habibah.



Nota:


dicatat setakat mana yang aku ingati dan drp catatan, mungkin ada fakta yg kurang tepat. harap dapat diperbetulkan sekiranya dpt mengesan sebarang kesilapan dan dimohon ampun dan maaf.

Thursday, April 14, 2011

Belajar Ilmu Ikhlas

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"




Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."




Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.




"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.




Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.




"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.




Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.


www.iluvislam.com
Oleh: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Editor:NuurZaffan