selepas bertahun-tahun aku dpt MC
batuk2 dan sakit tekak
hantar anak mengaji aku pun ke klinik
kat klinik ada la 2-3 pesakit yg sdg tunggu giliran
tiba giliran aku, akupun masuklah ke bilik doktor
selepas saling sapa menyapa & mengucap salam
soalan standard doktor (puan doktor-biasa aku gi klinik ni doktornya lelaki tp hari ni doktornya perempuan la pulak!)
'sakit apa?' 'batuk, sakit tekak'
a'ada demam?' 'takde rasanya'
doktor lantas ambil alat pencatat suhu dan masukkan ke telinga aku
'maaf ye' kata doktor ketika memasukan alat ke telinga
boleh tahan sopan santun jugak doktor ni, friendly pun ye jugak
'emm takde demam'sambungnya
maka soal siasat doktor pun bermula kepada aku
sekali doktor tanya 'nak saya bagi rehat tak'
'mc la tu' getus hatiku
aku teragak-agak...nak ke tak nak...
doktor pun mula 'berkhutbah' betapa perlunya aku amik MC
akhirnya aku mengalah walaupun banyak kerja yg menunggu kat ofis tu..
aku sms kat cik isteri..."abg dpt mc sok'
cik isteri membalas ''yeay abg dpt MC..."
hehehehe
KENAPA DUNIA ORANG ASING?? --->>> Dari Ibnu ‘Umar radhiyallaahu ‘anhumaa, ia berkata : “Rasulullaah SAW memegang pundakku lalu bersabda, ‘Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing atau pengembara.’”
Search This Blog
Friday, January 13, 2012
Sunday, December 25, 2011
USTAZ AZHAR IDRUS DI MASJID JAMEK PASIR GUDANG
ustaz azhar idrus datang lagi!
selepas 6 bulan, pasir gudang (dan JB) sekali lagi menerima kunjungan ustaz terfofuler di tanah melayu (jika diukur dengan bilangan kehadiran ummah dalam setiap siri kuliah ustaz lah dan berdasarkan bilangan video klip ustaz yg telah diupload ke youtube).
2-3 hari ini di pasir gudang hujan turun hampir sepanjang hari. kadang lebat namun selalunya renyaindan jarang-jarang berhenti. langit mendung selalu tanpa menerima sinaran matahari. hari ahad petang aku bersiap utk ke bararah seperti minggu lainnya. kuliah ustaz md esa sudah semestinya bagi aku. aku bermotorsikal walaupun langit mendung sejak semalam. harap2 tak hujan lah. kalau hujan juga, aku tak peduli. baju hujan kan ada. aku tau kalau berkereta pasti susah, nak parking dan jalan yg macet (jam). lepas saja doa selesai solat isya berjemaah di bararah aku terus keluar menuju ke motor. next destination; masjid jamek pasir gudang.
sampai di masjid, aku lihat orang dah memenuhi bahagian dalam masjid. mujur kereta tak dibenarkan masuk ke perkarangan masjid (kereta parking di kawasan luar masjid) nasib baik aku naik motor. alhamdulillah.
berbanding kuliah bulan jun lalu, jumlah kehadiran kali ini dipercayai lebih ramai. buktinya ketika jun lalu aku dengan mudah menyusup daripada pintu masuk utama dibelakang terus ke hadapan berdekatan meja ustaz tapi kali ini bila saja aku sampai ke masjid seluruh ruangan dewan solat telah pun dipenuhi manusia. mula2 aku duduk dekat pintu bahagian tepi sahaja (belah luar) tapi alhamdulillah dapat masuk dan duduk dibahagian depan dekat2 dengan mimbar sejurus ustaz tiba.
malahan aku juga dapat bersalaman dengan ustaz walaupun mulanya aku tak bercadang pun nak bersalaman dengan ustaz. namun alhamdulillah semuanya dipemudahkan bagi aku.
Wednesday, December 21, 2011
Ufuk aidiladha
suatu petang 9 zulhijjah. beberapa detik sebelum azan maghrib berkumandang.
dalam kereta bersiap-siap utk berbuka di halaman masjid kg cahaya baru.
belum ramai yg datang. mungkin ramai yg dah sampai di kampung halaman utk menyambut aidiladha pada esok harinya. mungkin juga ada yg sedang dalam perjalanan balik kampung.
aku saja nak test kamera handphone SE312 aku ni.
okay jugak ya
Subscribe to:
Posts (Atom)

