Search This Blog

Sunday, February 5, 2012

Terbit Ilham

seringkali terbit ilham
ketika ditempat atau masa ygmana tak dapat
untuk aku mencatat

contohnya
ketika aku sedang menunggang motorsikal
menuju ke tempat kerja
atau
ketika aku sedang memandu kereta

namun biasanya ketika menungganglah
banyak ilham atau idea datang
kerana ketika itu aku dapat memandang
langit biru saujana mata memandang
alam luas ciptaan dan tanda kebesaran Allah swt

lazimnya
ketika menunggang saban pagi
aku iringi dengan bacaan 3 qul selain drp fatihah
sedikit zikir
sehingga aku sampai ke pejabat

alhamdulillah syukur
kepadaMu Ya Rabb

Monday, January 30, 2012

Kuliah


Suasana kuliah maghrib di Surau Al Bararah Kg Cahaya Baru
ramai jugak yg hadir kan? rasa2nya lebih drp 300 orang (muslimin & muslimat)
bukan kuliah ustaz Azhar Idrus
cuma kuliah mingguan Ustaz Mat Esa Deraman (Tokku Pasir Gudang)

sebenarnya aku agak lewat
aku baru saja sampai drp kampung (Kluang)
kali ni terlewat sedikit
kerana ada hal yg perlu diselesaikan di Kluang
bertolak jam 4.45 sampai jam 7.10 ptg
lebuhraya jam, selepas hentian rehat Simpang Renggam
hingga sebelum susur keluar tol kulai
ingatkan ada kemalangan jalanraya
tapi tak ada apa2 pun
hairan...hairan...kenapa boleh jam
tak pasal2 sampai lewat (sepatutnya boleh sampai jam 6.30 - 6.45 ptg)

sampai jer rumah, terus mandi & solat asar (!)
terus keluar semula utk ke cahaya baru (kuliah)
solat maghrib kat masjid al munawarah, jalan ciku
kalau nak solat maghrib kat bararah tentu tak sempat

alhamdulillah syukur
dapat juga kuliah
ustaz kata minggu depan akan khatam kitab Nasaih Ibad
yg kami dah bertalaqqi sejak 2009 lagi tu

p/s - kalau balik kampung tentu miss 2 kuliah yg aku lazimi
iaitu maghrib di masjid jamik kg cahaya baru
dan subuh di surau al kauthsar taman rinting
jadi kena minimisekan jumlah kuliah yg akan miss


Saturday, January 28, 2012

balik kampung

"Meng, raya cina aku tak balik la. belum gaji. sabtu lepas raya cina aku balik boleh"tanyaku

"ah nasib baik kau call. aku pun dah lupa. boleh, boleh. raya cina pun aku ada banyak kereta"jawab ah meng

sabtu jam 5 pagi aku kejut satu rumah
ikut pegi kuliah subuh kat bararah kemudian terus bertolak ke kluang

lepas kuliah sarapan dulu kat rosni cafe
aku mihun plus mee goreng, mama roti tampal anak2 roti boom sorang satu

tengok paper, "eh susu murahlah kat tesco", getus mama

apa lg jom kita singgah tesco

tesco masih lengang, jam sekarang 8.30 pagi
beli susu, buku nota dan jajan utk dimakan dalam kereta nanti

ahh...rasa letih betul pulak pagi ni
belakang badan rasa sengal-sengal
mata pedih dan kelat
mengampiri susur keluar sedenak aku dah tak tahan
"ma, bawak kereta boleh"
tukar driver, aku cuba lelap
tapi tidur2 ayam je

sampai kat kluang akhirnya
alhamdulillah